BTC USD 80,181.6 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramainya kena tipu setiap hari

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
AMAR_SINGH_ISHAR_SINGH_OEPRASI_SEAGULL_JSJK_1540224371.jpg

AMAR Singh (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada barang dirampas ketika sidang media mengenai kejayaan operasi Seagull di Ibu Pejabat JSJK, Menara KPJ, Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin.







SEBANYAK 21,374 kes jenayah komersial dilaporkan di negara ini sejak Januari lalu hingga kelmarin membabitkan kerugian RM4.2 bilion.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan jumlah kes itu akan meningkat sehingga penghujung tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, daripada jumlah kes itu, sebanyak 56 peratus membabitkan sindiket penipuan menawarkan pinjaman tidak wujud, Macau Scam, Love Scam dan pembelian atas talian yang antaranya beroperasi di negara ini.

Beliau berkata, kes paling tinggi membabitkan kes menawarkan pinjaman tidak wujud dengan anggaran 30 kes dilaporkan setiap hari.

“Susulan itu, minggu lalu polis berjaya menumpas satu sindiket menawarkan pinjaman tidak wujud yang beroperasi di Melaka serta satu sindiket Macau Scam yang beroperasi di Pulau Pangkor, Perak

“Serbuan pertama di Melaka dilakukan pada 14 Oktober lalu dan polis menahan tiga lelaki serta dua wanita tempatan berusia antara 23 tahun hingga 42 tahun.

“Sindiket itu sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan terbabit dalam 54 kes penipuan membabitkan kerugian RM345,000,” katanya pada sidang media kejayaan JSJK Bukit Aman menumpaskan sindiket jenayah komersial di Menara KPJ, Kuala Lumpur, semalam.

Amar Singh berkata, dalam serbuan itu, JSJK turut merampas 13 unit telefon bimbit, empat buku catatan data peminjam, 40 dokumen serta beberapa skrip diguna bagi memperdaya mangsa.

Katanya, serbuan kedua dilakukan pada Sabtu lalu membabitkan sindiket Macau Scam yang mempunyai lima rangkaian pusat panggilan di Pulau Pangkor dan beroperasi sejak Oktober tahun lalu.

“Dalam serbuan itu, polis menahan 27 ahli sindiket berkenaan terdiri daripada 21 lelaki dan enam wanita tempatan di Melaka.

“Semuanya terbabit dengan 221 kes penipuan membabitkan kerugian RM1 juta,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/388664/ramainya-kena-tipu-setiap-hari








.
 
yg spesis buat call rawak mengaku call dari mahkamah sprm kastam kerja sindiket ni gak ke
 
yg spesis buat call rawak mengaku call dari mahkamah sprm kastam kerja sindiket ni gak ke

ia.. ni la semua tu bang.

Dua hari lepas.. dapat call dari mahkamah. huhuhu
 
yg spesis buat call rawak mengaku call dari mahkamah sprm kastam kerja sindiket ni gak ke

lebih kurang la..
semua cara lebih kurang je,
menakutkan mangsa, suruh mangsa bayar wang 'pampasan' ke akaun tertentu..
pastu dorang pun lesap..
 
ofis aku tiap2 minggu ada call peringatan terakhir dari mahkamah..
pala bana btoi
 
ofis aku tiap2 minggu ada call peringatan terakhir dari mahkamah..
pala bana btoi

samalah.. sama ada ada tunggakan 3 bulan dari bank atau dari mahkamah.
 
sy berfikiran yg drg ni berkaki gak antara ngan org bank sendiri atau dgn debt collector..
sbb semua detail kita tu biasanya tepat drg tanya.. tu yg mana bila kena sergah dgn panggilan drg tu blh jadi gelabah dan buat silap ikut kan je..
berhati hati bila menjawab panggilan .. plg baik ckp kita akan berurusan di pejabat drg yg sah..
 
Pernah dpt 2 call dari iblis mane ntah

1. Hong leong...kabo aku wat loan dgn depa x byr....pale ***** bile mase aku buat ntah

2. Sprm...operator call kabo aku ade kes...kena tekan no. Utk sambg ckp dgn pegawai...kiwak dialah
 
Pernah dpt 2 call dari iblis mane ntah

1. Hong leong...kabo aku wat loan dgn depa x byr....pale ***** bile mase aku buat ntah

2. Sprm...operator call kabo aku ade kes...kena tekan no. Utk sambg ckp dgn pegawai...kiwak dialah

mengapa tak layan sahaja??

sekadar hendak tengok modus operandi mereka
 
Back
Top
Log in Register