BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai marah kalau cinta Vida, Fazley cuma gimik

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Ramai marah kalau cinta Vida, Fazley cuma gimik​

VIDA-FAZLEY-1.jpg

VIDA dan Fazley kini terbuka tayang kemesraan di mana sahaja berada.

Ramai marah kalau cinta Vida, Fazley cuma gimik DUA minggu kebelakangan ini media sosial Diva dilambakkan dengan video-video romantis Datuk Fazley dan Datuk Seri Vida yang katanya sedang hangat menjalin cinta.

Pada awalnya memang agak sukar nak percaya sebab secara luaran memang tidak nampak keserasian antara mereka. Namun lama-kelamaan mungkin disebabkan kebanjiran video momen manis dan romantis mereka, Diva pun sudah terhanyut.

Diva juga baru-baru ini turut mengesahkan semua itu bukan konten dan benar-benar berlaku.

Cuma kalau tiba-tiba mereka beritahu semua ini hanya gimik untuk buka restoran atau lancarkan produk, pasti ramai akan marah. Harap hubungan cinta mereka ini kekal ke akhir hayat, jangan pula esok lusa umum sudah putus cinta sebab tiada keserasian. Amuk satu Malaysia!

DIVA: Sudah bertahun-tahun Nabil Ahmad jadi pengacara, masih ramai tak faham caranya mengendalikan sesebuah rancangan. Pelik!
==============================
Haiii, suka2 jer tengok gelagat Fazley & Vida ni kat IG. Depa memang sweet habis, tapi entahlah, kadang rasa macam drama je. Bukan ke dulu Fazley ada kata sibuk2, tup-tup sempat pulak buat video sweet gitu. Hmmm... 🤨

 
Back
Top
Log in Register