InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
KUALA LUMPUR - Teknologi telekomunikasi negara dijangka berevolusi ke tahap baharu secara keseluruhannya apabila Celcom Axiata Bhd. dan Ericsson hari ini melaksanakan ujian pertama 5G Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, teknologi 5G penting dalam memperkasakan industri tempatan bagi sektor telekomunikasi, kewangan dan perindustrian; hinggalah kepada sektor kerajaan dan swasta, sekali gus menjadi kunci bagi mencapai sasaran Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.
"Dengan pelancaran hab digital utama baru-baru ini iaitu Zon Perdagangan Bebas Digital dan Kuala Lumpur Internet City, Malaysia membayangkan menjadi pusat ekonomi Internet Asia Tenggara.
" Ini akan memacu Malaysia menjadi satu daripada hab digital dibina khas terbesar dunia bagi syarikat gergasi teknologi dan pemula niaga utama dari seluruh dunia," ujarnya.
"Di sinilah 5G memainkan peranan penting dalam memastikan bukan sahaja kecekapan tetapi juga membuka pintu peluang bagi pemain digital.
"Pada dasarnya, 5G akan menjadi asas kukuh dalam mewujudkan ekosistem padu bagi membolehkan inovasi," katanya pada sesi ujian pertama 5G yang diadakan di sini, hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz4hTb7mTEd
Hakcipta terpelihara
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, teknologi 5G penting dalam memperkasakan industri tempatan bagi sektor telekomunikasi, kewangan dan perindustrian; hinggalah kepada sektor kerajaan dan swasta, sekali gus menjadi kunci bagi mencapai sasaran Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.
"Dengan pelancaran hab digital utama baru-baru ini iaitu Zon Perdagangan Bebas Digital dan Kuala Lumpur Internet City, Malaysia membayangkan menjadi pusat ekonomi Internet Asia Tenggara.
" Ini akan memacu Malaysia menjadi satu daripada hab digital dibina khas terbesar dunia bagi syarikat gergasi teknologi dan pemula niaga utama dari seluruh dunia," ujarnya.
"Di sinilah 5G memainkan peranan penting dalam memastikan bukan sahaja kecekapan tetapi juga membuka pintu peluang bagi pemain digital.
"Pada dasarnya, 5G akan menjadi asas kukuh dalam mewujudkan ekosistem padu bagi membolehkan inovasi," katanya pada sesi ujian pertama 5G yang diadakan di sini, hari ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz4hTb7mTEd
Hakcipta terpelihara
![]()
Ericsson dipilih bangunkan rangkaian 5G negara
KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) melantik firma telekomunikasi Sweden Ericsson, sebagai rakan strategik dalam mempercepatkan pembangunan rangkaian serta ekosistem perkhidmatan rangkaian teknologi generasi kelima (5G) negara.
Keputusan itu dibuat selepas pelaksanaan bidaan tender yang bermula Mac lalu.
Susulan itu, DNB berkata, ia akan melancarkan 5G akhir tahun ini di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
Pengerusinya, Datuk Asri Hamidon, berkata pelancaran itu sebahagian daripada usaha kumpulan dalam mempercepat pelaksanaan rangkaian dan ekosistem 5G di Malaysia.
Beliau berkata, DNB juga menyasarkan untuk melaksanakan rangkaian 5G ke lima bandar dan daerah utama di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak pada 2022.
Pelaksanaan itu katanya akan diikuti oleh 17 bandar serta kawasan pedalaman bermula pada 2023.
DNB katanya menjalin kerjasama dengan Ericsson Malaysia Sdn Bhd dalam usaha mempercepat pelaksanaan 5G dan membolehkan matlamat liputan penduduk sebanyak 80 peratus dapat dicapai menjelang 2024.
"Reka bentuk dan pembangunan rangkaian 5G negara itu akan dilaksanakan oleh Ericsson dengan kos bernilai RM11 bilion, termasuk sewaan menara serta pajakan gentian.
"Lebih 60 peratus daripada jumlah itu dijangka dapat dimanfaatkan oleh kontraktor Bumiputera serta warga Malaysia lain bagi tempoh 10 tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
DNB adalah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan bagi membangunkan, memiliki serta menjalankan operasi prasarana 5G Malaysia.
Mengulas lanjut, Asri berkata, DNB juga akan menumpukan dalam sekuriti aliran tunai masa depan daripada perniagaan borongnya menerusi program sukuk untuk membiayai semua perbelanjaan pengoperasian rangkaian lain serta membayar balik semua pengaturan pembiayaan vendor.
Beliau berkata, Ericsson akan melakukan aspek reka bentuk serta pembangunan rangkaian menyeluruh 5G yang meliputi teras, rangkaian akses radio (RAN), operasi dan sistem bantuan perniagaan (OSS/BSS) dan perkhidmatan pengurusan.
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu katanya akan turut melaksanakan program pembangunan kapasiti dan inovasi bagi menyokong pembangunan serta penyertaan vendor tempatan selain memacu penerimagunaan 5G.
"Ini menjadikan DNB kekal berada pada kedudukan tepat dalam usaha mengetengahkan teknologi dan penyelesaian pada harga kompetitif bagi memacu penerimagunaan 5G di seluruh negara.
"Model kerjasama ini akan turut mempercepat pelaksanaannya ke Sabah dan Sarawak, sekali gus memacu pergerakan Malaysia ke arah menyediakan perkhidmatan dan kesalinghubungan 5G secara inklusif dan dipertingkat di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia," katanya.
Rakyat nikmati 5G bermula akhir tahun ini
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dijangka mula menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jangkaan itu akan menjadikan Malaysia sebagai antara negara pertama di rantau ini yang membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan dalam masa sebenar untuk membolehkan maklumat dikongsi serta-merta.
"Teknologi 5G ini menjadi satu 'game-changer' kerana akan wujud lebih banyak perkhidmatan pintar yang membawa kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
"Hal ini kerana 5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian internet yang lebih laju, tetapi lebih penting dari itu, ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna, termasuk aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar dan aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya, hari ini.
Muhyiddin berkata, semua syarikat telekomunikasi berlesen dijangka mendapat akses infrastruktur sama rata, dalam memasarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan.
"Perkongsian kos infrastruktur ini membolehkan syarikat telekomunikasi menjana pulangan lebih tinggi dan seterusnya dapat memberikan khidmat 5G yang lebih baik dan murah kepada pengguna.
"Keadaan ini akan melonjakkan penggunaan 5G dan meningkatkan keupayaan ekonomi dalam mencetuskan lebih banyak inovasi produk dan perkhidmatan," katanya.
Pelaksanaan 5G di Malaysia hampiri realiti
![]()
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan teknologi generasi kelima (5G) di Malaysia kini semakin hampir menjadi realiti dengan pelbagai pihak memberi tumpuan kepada pelancaran Projek Demonstrasi 5G (5GDP) di Langkawi, Kedah oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahad ini.
Pada keesokannya, Pasukan Petugas Khas 5G Kebangsaan akan menghantar laporan akhir kepada Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Gobind Singh Deo semasa Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia yang akan turut diadakan di Langkawi bersempena pelancaran berkenaan.
Menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dan sokongan daripada penggiat telekomunikasi, Malaysia bersedia menerajui pelaksanaan 5G di ASEAN, sekali gus memberikan negara kelebihan untuk melaksanakan Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI).
Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, di peringkat domestik, pelaksanaan teknologi 5G yang amat ditunggu-tunggu itu dijangka menyumbang sehingga lebih RM12.7 bilion kepada ekonomi negara antara 2021 dan 2025 dan menjana lebih 39,000 pekerjaan baharu.
Perjalanan teknologi 5G dimulakan dengan penubuhan Pasukan Khas 5G Nasional pada November 2018, yang terdiri daripada 114 ahli membabitkan penyedia perkhidmatan, akademia, kementerian dan agensi.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), petugas khas itu diberikan tugas merancang strategi pelaksanaan 5G untuk negara.
SKMM telah mengenal pasti bahawa pelaksanaan 5G nasional akan dibangunkan pada jalur (spektrum frekuensi) 700MHz, 3.5GHz dan 26/28GHz, dengan penawaran awal menggunakan dua jalur pertama, yang akan diurus oleh konsortium pelbagai pemegang lesen.
Kriteria bagi konsortium itu akan ditetapkan sebelum berakhirnya suku pertama tahun ini.
Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak, berkata 5G Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi dengan pengkomersialan 5G dijangka bermula seawal suku ketiga tahun ini.
Ketika ini, suruhanjaya itu bersama-sama pihak berkepentingan lain dan syarikat-syarikat sedang menjalankan projek demonstrasi 5G di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur, membabitkan pelaburan awal sebanyak RM143 juta.
Pihak yang terbabit adalah Telekom Malaysia Bhd (TM), Celcom Axiata Bhd (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), Edotco Malaysia Sdn Bhd (Edotco), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Petroliam Nasional Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.
Baru-baru ini, TM melaporkan ia telah berjaya menjalankan ujian Rangkaian 5G khusus Standalone (SA) di kedua-dua spektrum C-band dan 700 MHz secara serentak di rangkaian teras 5G berpusat.
Syarikat itu juga telah memulakan 11 kes penggunaan di Langkawi- jumlah tertinggi dalam kalangan syarikat telekomunikasi yang menyertainya.
Ia turut mewujudkan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu, juga dikenali sebagai Pusat Kawalan 5G (5GCC).
Kesemua rangkaian 5G dan kes penggunaan dipantau menerusi papan pemuka 5GCC selama 24 jam pada setiap hari oleh pakar-pakar serta pasukan teknikal berkelayakan daripada TM.
TM juga bekerjasama dengan Digi untuk mengukur kebolehupayaan, kemungkinan dan pengehadan rangkaian 5G di antara pelbagai pengendali operator perkhidmatan rangkaian pelbagai semasa tempoh pelaksanaan 5GDP.
![]()
Pelaksanaan 5G di Malaysia hampiri realiti | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan teknologi generasi kelima (5G) di Malaysia kini semakin hampir menjadi realiti dengan pelbagai pihak memberi tumpuan kepada pelancaran Projek Demonstrasi 5G (5GDP) di Langkawi, Kedah oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahad ini.www.bharian.com.my
Last edited: