BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia dihukum penjara di Jepun

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
392075-392075.jpg






"Sudah lebih enam bulan Faiq ditahan di sana dan segala khabar angin yang mengatakan dia sudah mengaku salah itu tidak benar.

"Ini kerana esok adalah hari kedua perbicaraannya selepas kali pertama pada 16 April lalu. Bagaimana dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sudah mengaku bersalah pada bulan Februari adalah sama sekali tidak benar.

"Saya juga sudah berjumpa dengan peguam bantuan guaman itu untuk mengetahui secara tepat perkembangan terkini, bagaimanapun memandangkan saya bukan peguam yang berdaftar di negara ini, tindakan dan usaha saya adalah terbatas," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Beliau hadir bersama bapa mangsa, Mohd Jailani dan akan hadir pada sesi perbicaraan itu bagi memantau lanjut perbicaraan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Faiq yang berlepas ke Jepun pada November lalu dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian beroperasi di negara itu yang kemudian membawa kepada penahanannya di Toyama.

Dimaklumkan, terdapat percanggahan maklumat berhubung tangkapannya, termasuk laporan awal mendakwa dia ditahan bersama wang dan emas bernilai sekitar RM500,000.

Faiq disiasat pada November lalu di bawah Artikel 246 (1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan penipuan serta Artikel 60 kanun sama bagi kesalahan dilakukan secara bersama-sama, yang hampir sama dengan Seksyen 420 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan negara Malaysia.


"Sebelum prosiding mahkamah bermula pada 16 April lalu, kami tidak dapat bercakap langsung dengan Faiq.

"Bagaimanapun, saya harap esok ada keajaiban berlaku dan hukuman ringan dijatuhkan. Jika dijatuhkan hukuman berat, sukar untuk dia balik segera.

"Saya juga merayu kepada peguam bantuan guaman itu untuk membantu sedaya upaya kerana keluarga ini bukanlah dari keluarga yang senang kerana bapanya hanya pemandu ambulans dan ibunya adalah suri rumah," katanya.

Orang ramai dimohon untuk terus memberikan bantuan bagi menampung urusan di sana menerusi https://svetlananordin.com/bantufaiq/.

Kredit➡️ Berita Harian
 
392430-392430.jpg






"Bagaimanapun, kita akan memasukkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi untuk proses seterusnya.


Bapa hadir dengar bicara


Sebelum ini, media melaporkan Faiq yang berlepas ke Jepun pada November lalu dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian beroperasi di negara itu yang kemudian membawa kepada penahanannya di Toyama.

Terdapat maklumat tidak benar berhubung tangkapannya, termasuk laporan awal mendakwa dia ditahan bersama wang dan emas bernilai sekitar RM500,000.

Faiq disiasat pada November lalu mengikut Artikel 246 (1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan penipuan serta Artikel 60 kanun sama bagi kesalahan dilakukan secara bersama-sama, yang hampir sama dengan Seksyen 420 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Malaysia.


"Jadi, apa pun kita berharap ada keajaiban berlaku dan kita berharap dia akan dikenakan hukuman bon berkelakuan baik dan pembebasannya bersyarat.

"Ini disebabkan bukan dia yang mengatur semuanya, dia terpedaya dan naif mempercayai rakannya, biarlah hukuman yang dikenakan kepadanya ringan.

"Artikel 25 Kanun Keseksaan Jepun adalah mirip kepada pergantungan pelaksanaan hukuman di Malaysia, tetapi boleh pulang ke negara asal," katanya.

Kredit➡️ Berita Harian
 
SHAH ALAM - Rakyat Malaysia, Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Daerah Toyama pada Jumaat.

Peguam dilantik keluarga tertuduh, Datuk Noor Svetlana Mohd Noor Nordin berkata, hukuman itu dikenakan untuk tiga pertuduhan dan akan berjalan serentak bermula dari tarikh penahanannya pada 18 November 2025.

"Ia bermakna hukuman Faiq telah dikurangkan kepada tiga tahun dan sembilan bulan.

"Kami akan failkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk proses seterusnya dan berharap berlaku keajaiban buatnya kerana terdapat peruntukan penangguhan hukuman di bawah Artikel 25 Kanun Keseksaan Jepun yang membolehkannya pulang ke Malaysia secara bersyarat.

“Kami berharap dia diberikan bon berkelakuan baik. Faiq telah ditipu kerana terlalu mempercayai rakannya," ujarnya ketika bersiaran langsung di TikTok selepas prosiding tersebut.

Difahamkan, Noor Svetlana dan Mohd Jailani yang merupakan bapa Faiq melakukan perjalanan ke Tokyo untuk menghadiri perbicaraannya.

Noor Svetlana berkata, ia merupakan kali pertama bapa Faiq dapat berhubung dengan bapanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Faiq, 24, dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang beroperasi di Jepun.

Terdapat juga maklumat tidak tepat berkaitan penahanannya termasuk laporan awal yang mendakwa, dia ditemui bersama wang tunai dan emas bernilai kira-kira RM500,000.

Faiq disiasat pada November lalu di bawah Artikel 246(1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan penipuan serta Artikel 60 bagi kesalahan yang dilakukan secara bersama yang setara dengan Seksyen 420 dan 34 Kanun Keseksaan Malaysia. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register