BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Takbai tengah hari tadi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201

14261742941153733-407760.jpg

14261742941153733-407761.jpg

14261742941153733-407762.jpg

14261742941153733-407763.jpg

14261742941153733-407764.jpg




Rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Takbai tengah hari tadi


Kota Bharu: Seorang rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Kampung Sapom, Takbai tengah hari tadi.

Lelaki berusia 38 tahun itu cedera di badan selain kenderaannya turut mengalami kerosakan.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat.

Ahli Parlimen Sungai Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof berkata, ketika kejadian berlaku letupan bom di laluan di mana mangsa yang menaiki Proton X50 secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.

"Mangsa mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Narathiwat untuk rawatan lanjut.

"Kenderaan mangsa juga turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima maklumat seorang rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan Malaysia cedera terkena letupan bom.

"Saya tidak tahu maklumat lanjut sama ada bom berkenaan dipasang di kenderaan atau berada di tepi jalan.

"Mangsa adalah dari Sabah," katanya.


Sumber : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register