Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

setahu aku tk pernah lagi mana2 tahanan ISA dibebaskan walaupun dia buat habeas corpus berpuluh2 kali pun:-?:-?..mesti ade yg melompat suka dia ni bebas dan ade yg tekejut sampai tidor pun tk lena bila rpk ni kuar)

Raja Petra dijangka bebas petang ini
Irwan Muhammad Zain
Fri | Nov 07, 08 | 10:29:12 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Pengendali lama web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan sebelum pukul 4.00 petang hari ini.
Iklan
Menurut isteri beliau, Marine Lee Abdullah yang dihubungi sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah.
Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu.
Beliau dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting pada 23 September lalu setelah Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam sebelumnya mengikut Seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun. - mns_
Ramai lagi kat dalam ISA tu, bila nak kasi bebas?

Raja Petra dah lopeh dah
alonso bilo laie nak lopeh nih
cian dio........


apa bagusnya mat ni keluar?
ada tak ada..sama saja....