BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah MCA setuju Najib patut dibebaskan, soal wakil DAP

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

Adakah MCA setuju Najib patut dibebaskan, soal wakil DAP​

466d3458-najib-razak-fmt-resize-230126-1.jpg

Bekas perdana menteri Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International.

Dalam hantaran di Facebook, Ong Hui Xue menuduh pemimpin MCA mengelak daripada menjawab isu itu susulan kontroversi membabitkan sepanduk yang memaparkan poster ‘Bebaskan Najib’ diletakkan bersebelahan papan iklan ‘Maju Johor’.

“Tiada seorang pun pemimpin MCA ini yang berani menyentuh isu utama — adakah MCA bersetuju bahawa Najib patut dibebaskan?” kata Ong.

Beliau memetik kenyataan terdahulu pemimpin Umno yang menyokong Najib, termasuk kenyataan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi yang menyebut rakyat ‘merindui’ bekas perdana menteri itu, serta 104 usul daripada bahagian Umno yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Umno 2026, memohon pengampunan penuh untuk Najib.

Beliau berkata, walaupun Umno telah menjelaskan pendiriannya, MCA perlu memberitahu pengundi sama ada parti itu menyokong sekutunya dalam Barisan Nasional (BN).

“MCA tidak boleh mengelak daripada persoalan sama ada mereka akan sekali lagi mengkhianati rakyat,” katanya.

Bekas Presiden Umno, Najib, 72, kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International. Hukuman penjara beliau dijadualkan berakhir pada 23 Ogos 2028.

Beliau turut disabitkan oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, bermula selepas tamat hukuman semasanya.

Beliau telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
 
Aduhai isu pembebasan DSNR pula yg jadi fokus PRN. Bangang btol.

Hal pengampunan DSNR tu biarlah ikut saluran. Masing2 ada hak, DSNR ada hak utk memohon, Jawatankuasa berkaitan ada hak utk mempertimbangkan, dan YDPA definitely ada hak untuk memberikan pengampunan/lega hukum sesuai dgn KUASA DAN HAK PREROGATIF BAGINDA. Kalau faham ni, x jadi isu DSNR nak dibebaskan atau tidak sbb in the end, it doesn't matter.
 
Back
Top
Log in Register