BTC USD 83,391.7 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Petra Dibebaskan

Raja Petra dijangka bebas petang ini
Irwan Muhammad Zain
Fri | Nov 07, 08 | 10:29:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Pengendali lama web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan sebelum pukul 4.00 petang hari ini.
Iklan




Menurut isteri beliau, Marine Lee Abdullah yang dihubungi sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah.

Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu.

Beliau dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting pada 23 September lalu setelah Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam sebelumnya mengikut Seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun. - mns_

Ramai lagi kat dalam ISA tu, bila nak kasi bebas?
 
Love 2 hear it's.......
Kemeriahan suasana di alam blog kembali ceria.......
 
siap menteri dalam negeri.....
kena tunggu apa komen dari beliau.....
kot-kot.....pekena ngan saman RPK.....baru! tau sapa RPK....!!!?
 
hah..nampak tu juak-juak UMNO? ini ialah PENAHANAN YANG TIDAK SAH!

TAK IKUT PREATURAN!! ZALIM! nak sokong UMNO lagi ke?
 
Raja Petra dah lopeh dah
alonso bilo laie nak lopeh nih
cian dio........
 
lepas ni raja petra bongkar plak kisah tahanan ISA
 
Back
Top
Log in Register