BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Permaisuri Agong Titah Rancang Laksana Program Kekeluargaan Untuk B40 Di Johor

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Raja Permaisuri Agong Titah Rancang Laksana Program Kekeluargaan Untuk B40 Di Johor​

10656071afe9697c414fc2e8783c0cb06a720ac17ab13

f8f90fc739aeb933fe5875f0e7a959cd6a720adbda211

--kredit FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini bertitah bahawa Seri Paduka Baginda merancang melaksanakan program kekeluargaan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) di Johor.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan membincangkan perkara itu ketika menerima mengadap isteri kepada Setiausaha Kerajaan Johor Datin Siti Azizah Omar, di Istana Bukit Serene di sini.

Seri Paduka Baginda berkenan membincangkan perancangan untuk program-program kekeluargaan dianjurkan di semua daerah, menerusi kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan pejabat Daerah.

“Saya berharap untuk mengadakan program sedemikian untuk memberi masyarakat B40 satu ruang untuk bersuka ria seisi keluarga dan mencipta kenangan manis bersama,” titah Seri Paduka Baginda.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman dan isterinya Nurul Asliza Salim; Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dan isterinya Engku Noorwidainie Engku Aman, isteri Pegawai Daerah Mersing Wan Nor Hanida Wan Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Hishamuddin Abdul Rahim.

 
Back
Top
Log in Register