BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia jalan kengkang

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
08hmmemori.jpg_1504834551.jpg

SEORANG pegawai sempadan menunjukkan bungkusan plastik yang mengandungi ribuan kad memori yang diikat pada paha suspek

Shenzhen, China: Rahsia seorang wanita yang dilihat berjalan dalam keadaan mengengkang terbongkar selepas ditangkap cuba menyeludup 7,200 kad memori yang disembunyi di celah kangkangnya.

Wanita pertengahan usia itu dilaporkan masuk ke China dari Hong Kong melalui pintu sempadan Guangdong di Shenzhen pada Isnin lalu.

Seorang pegawai polis sempadan berkata, dia melihat wanita itu berjalan dengan pelik dan kelihatan cemas.

“Saya melihat wanita itu berjalan dalam keadaan mengengkang dan menahannya kerana mengesyaki dia membawa bahan terlarang.

“Ketika disoal wanita itu kelihatan sangat cemas dan kami bawa ke bilik khas untuk pemeriksaan badan,” katanya.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, pihaknya menemui beberapa bungkusan plastik di celah paha suspek yang diikat dengan pita pelekat.

“Apabila beg itu dibuka, kami menemui sejumlah 7,200 kad memori di dalamnya.

“Ketika disoal siasat wanita itu mengaku dia cuba menyeludup kad memori itu ke China untuk dijual,” jelasnya.

Menurutnya, wanita itu ditahan, manakala kes itu disiasat oleh Jabatan Kastam dan Cukai.

Ini bukanlah kali pertama individu cuba membawa masuk barangan elektronik ke China dengan menyembunyikan di bahagian badan.

Sebelum ini, beberapa individu ditangkap apabila cuba menyeludup masuk berpuluh-puluh telefon pintar jenis iPhone yang dilekat pada badan dan kaki.

https://www.hmetro.com.my/global/2017/09/261498/rahsia-jalan-kengkang
 
xfaham ler..
kenapa dia nak sludup kad memori ke cina?
kita lak sebuk beli memori kad dari cina:D
sape mahir kasi pencerahan sikit.
 
Lawak2... orang selalu seludup dadah.
 
x beragak nk seludup pon..
bwk sikit2 dah la..
ni sekali angkut berlambak..
smpai nk jln pon pyh..
awat yg x boh kt perut je..
buat bg nmpk mcm ibu mngandung..
logik la sikit..
 
x beragak nk seludup pon..
bwk sikit2 dah la..
ni sekali angkut berlambak..
smpai nk jln pon pyh..
awat yg x boh kt perut je..
buat bg nmpk mcm ibu mngandung..
logik la sikit..

Yups... nak seludup pun tak berapa nak bijak.. mendapat ler..:D
 
Back
Top
Log in Register