BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia bil rendah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


POTONG...anggota penguat kuasa Syabas memeriksa penyambungan paip haram di bangunan terbabit, semalam.
KUALA LUMPUR: Tindakan pemilik sebuah bangunan perniagaan di Jalan Loke Yew, di sini, membuat penyambungan air haram sejak setahun lalu untuk menikmati bayaran bil rendah terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.

Serbuan mengejut itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) jam 2.30 petang.


Kegiatan haram itu menyebabkan Syabas menanggung kerugian RM376,898 sejak bangunan lima tingkat yang terdiri daripada pusat hiburan dan restoran menikmati bayaran bil air bulanan RM200 hingga RM300, Februari tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya menyerbu premis terbabit hasil siasatan selepas menerima aduan orang awam berhubung penyambungan haram itu.


“Hasil siasatan mendapati terdapat penyambungan tidak sah menggunakan paip jenis Poly berukuran 50 milimeter yang dibuat secara terus dari paip utama ke meter milik premis terbabit.


“Selain itu, pemeriksaan mendapati sumber air dari penyambungan itu disalurkan ke tangki simpanan air dalam premis terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama hasil ujian klorin mendapati bekalan air yang diambil secara haram adalah air terawat daripada Syabas dan tindakan pemotongan pada sambungan dilakukan dalam operasi terbabit.


“Syabas sudah mengeluarkan notis bagi menuntut rugi berjumlah RM378,898 yang termasuk kos operasi RM2,000 kepada pemilik akaun bekalan air bangunan terbabit yang didaftarkan di bawah sebuah syarikat,” katanya.

Menurutnya, bacaan meter bangunan terbabit menurun mendadak bermula 26 Februari tahun lalu dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan masalah tekanan air rendah sehingga ada beberapa premis mengalami gangguan bekalan.


“Jika didapati bersalah, individu bertanggungjawab boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 123 (3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dengan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya,” katanya.


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rahsiabilrendah/Article/index_html
 
kekeke....air bukan mahal mana pon..
2pon nk curik...
 
kes nk jimat kan kos overhead lah ni :p

sume nk jimat la ni..guane...
 
company besar2 ni..kilang ker mmg akan curi letrik dgn air..dh la untung berjuta2..lg nk guna free
 
Nak untung saja,
 
Back
Top
Log in Register