Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 11,421
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 11,421
- Reaction score
- 279
- Points
- 146
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.
Pada Jumaat lepas, FBM KLCI melonjak 1.15 peratus kepada hampir paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan, melepasi paras 1,660.09 mata yang kali terakhir dicatatkan pada 27 Sept 2024.
Pada 9.15 pagi, FBM KLCI merosot 1.96 mata atau 0.11 peratus kepada 1,663.94 daripada 1,665.90 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks dibuka rendah 1.62 mata kepada 1,664.28.
Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan 195 kaunter rugi mengatasi 188 kaunter untung, 353 kaunter tidak berubah, 2,043 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 153.99 juta saham bernilai RM78.74 juta.
Bagaimanapun, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka bursa tempatan berpotensi mencecah paras 1,680 hingga 1,690, sejajar dengan prestasi positif di Amerika Syarikat.
“Selain itu, berdasarkan peningkatan semula Wall Street yang didorong oleh keyakinan baharu terhadap kecerdasan buatan, kami percaya ini boleh membuka peluang peningkatan kepada saham teknologi tempatan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing menambah dua sen kepada RM10.46 dan RM13.38, IHH Healthcare mendatar pada RM8.52, CIMB berkurangan tiga sen kepada RM8.12 dan Public Bank merosot dua sen kepada RM4.50.
Dalam senarai paling aktif, BMS, Zetrix dan Compugates, masing-masing mendatar pada 20 sen, 80.5 sen dan 1.5 sen manakala Dagang Nexchange naik satu sen kepada 30.5 sen. MR DIY merosot dua sen kepada RM1.50.