BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Qunut Subuh

WASIAT HASSAN AL-BANNA KE 4 : JANGAN BANYAK BERDEBAT

Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna.

Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang. Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa. Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.

Mengundang lebih banyak pertengkaran

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat. Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual. Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak. "Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat." Sahabat bertanya: "Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku." (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah dilakukan semula.

Cabaran umat Islam makin berat

Sebetulnya, cabaran umat Islam memang berat dan mereka mestilah cuba mengurangkan ketegangan daripada sudut emosi dan pemikiran.
Suatu masa dahulu, umat Yahudi terancam oleh Roman dan mereka telah diperhambakan oleh bangsa Mesir. Maka, dengan ancaman ini, termasuk campuraduk ajaran para pendita yang tidak bertanggungjawabm mereka terpecah kepada 71 buah golongan.

Umat Kristian turut menerima tempias jarum-jarum Yahudi. Maulana Jalaludin Ar-Rumi lewat kitab Matsnawi menulis bagaimana satu rencana disusun dengan niat mengelirukan aqidah asal Nasrani hingga pada akhirnya mereka berubah menjadi Kristian. Maka bermula saat itu hingga era kegelapan Eropah, Kristian dan Yahudi saling sengketa sesama mereka. Akhirnya, Islam tiba di celah-celah sengketa itu. Maka, serangan Yahudi dan Kristian ke atas Islam menyebabkan ancaman ke atas Islam bertambah berat. Ini kerana, umat Islam dikepung pemikiran mereka dan maklumat latar hidup mereka dimonopoli para penjajah yang ada pertalian erat dengan Yahudi dan Kristian.
Maka, umat Islam yang sepatutnya memikul amanah sebagai umat pendakwah agama ini ke atas umat lain telah kalah dengan ujian pemikiran kerana sering bersengketa sesama sendiri, dalam mempertarung idea antara mazhab.

Alangkah baiknya, jika mereka mencuba bidang lain, meneroka bidang lain seperti usaha mengkaji agama-agama lain dan cuba mengheret perhatian penganut agama itu kepada Islam. Maka, debat-debat yang seperti inilah yang mungkin sesuai dilaksanakan.

Debat antara agama atau debat dalam agama?

Di akhir usia dunia hari ini, umat Islam sepatutnya membuat keputusan dengan bijaksana; adakah mereka mahu habiskan masa dengan bertarung idea sesama mazhab dalam Islam, atau menghabiskan waktu dengan bertarung idea bersama penganut agama lain?

Bertarung sesama sendiri, walaupun berlainan mazhab tidak ke mana-mana kerana akhir pada debat itu, kita sendiri mengaku bahawa kita sama-sama menganut Islam yang benar. Maka, tidak berbaloi untuk didebatkan lagi melainkan sekadar memuaskan hati.

Dan hal inilah yang mungkin membuang masa, menurut pendapat Hasan al-Banna. Tapi, jika kita mahu manfaatkan masa untuk mengkaji perbandingan antara agama agar dengan itu penganut agama lain dapat menyertai Islam sebagai agama universal ini, maka hal itu tentulah tidak membuang waktu.

Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dna perpecahan, sebaliknya debat antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.
 
vedeo 3/9 menjelaskan segala persoalan,sebelum ini tak pernah ada ustaz/tok guru,yang berhujah sejelas ini berkenaan qunut subuh,kita buat kerana ikut orang dulu buat, tanpa ada dalil yang kuat kenapa kita buat,dalam kitab-kitab 'mari belajar sembahyang' tidak ada dilampirkan hadis-hadis yang berkenaan...



Bro Ammal - Sudah-sudah la tu...yang nak pergi kacau orang yang bangun Solat Subuh dan baca Qunut nak buat apa?? Tu ramaai lagi yang tak solat subuh tu yang patut di kacau.
Orang dah elok2, bangun solat Subuh baca qunut...pergi huru hara kan orang-orang tu buat apa..Pergi kacau orang tak bangun solat subuh tu.

Puak puak Wahabi macam Dr Asri, AMMAL07, Rasul Dahri, Abdullah Yassin ini ajalah kerja diorang. Pergi kacau orang yang beramal. Orang baca qunut, orang talkin, orang berzanji, orang berzikir, berwirid ni kegemaran diorang nak kacau. So tak betul ke kalau kita katakan puak puak ni, penghuru hara masyarakat..Bukan la sesat, penghuru hara aja...

Orang yang tak solat, yang rempit, yang mabuk, yang disko, tu la pergi kacau....

Pastu..sambutan Maulidurasul pun nak kacau. Orang yang sambut Maulidurrasul ni..membesarkan Rasullullah. Kalau nak besarkan Rasullullah tak boleh. Buat hari besarkan Muhammad Abdul Wahab boleh plak? Hari kebesaran Sultan boleh plak??
Hari Raja Saudi boleh plak???

Muhammad Abdul Wahab besar lagi dari Rasullullah ke???

Ammal07..fahaman yang ko bawak tu....buat pakai untuk diri sendiri dah la.. Keluarga pun jangan la pengaruh diorang tu.. Kita taknak Tanah Melayu ni nanti jadi macam Daghestan dimana pelampau Wahabi sampai letupkan kereta Mufti yang pro tasawuf.

Kalaulah Islam yang bro Ammal07 ni bawak lebih baik, yang dibawak oleh Dr Asri and the geng lebih baik.... maknanya Ulama Melayu Silam ni semuanya sesat dan pelaku bidaah ke?? Handal lagi Dr Asri dari Ulama Melayu Silam yang mengIslamkan tanah melayu...
Bro Ammal. ada berani sebut semua nama ulama Melayu dahulu sebagai pelaku bidaah??
kalau berani aku bagi senarai nama...

udah ler tu
 
Last edited:
Bro Ammal - Sudah-sudah la tu...yang nak pergi kacau orang yang bangun Solat Subuh dan baca Qunut nak buat apa?? Tu ramaai lagi yang tak solat subuh tu yang patut di kacau.
Orang dah elok2, bangun solat Subuh baca qunut...pergi huru hara kan orang-orang tu buat apa..Pergi kacau orang tak bangun solat subuh tu.

Puak puak Wahabi macam Dr Asri, AMMAL07, Rasul Dahri, Abdullah Yassin ini ajalah kerja diorang. Pergi kacau orang yang beramal. Orang baca qunut, orang talkin, orang berzanji, orang berzikir, berwirid ni kegemaran diorang nak kacau. So tak betul ke kalau kita katakan puak puak ni, penghuru hara masyarakat..Bukan la sesat, penghuru hara aja...

Orang yang tak solat, yang rempit, yang mabuk, yang disko, tu la pergi kacau....

Pastu..sambutan Maulidurasul pun nak kacau. Orang yang sambut Maulidurrasul ni..membesarkan Rasullullah. Kalau nak besarkan Rasullullah tak boleh. Buat hari besarkan Muhammad Abdul Wahab boleh plak? Hari kebesaran Sultan boleh plak??
Hari Raja Saudi boleh plak???

Muhammad Abdul Wahab besar lagi dari Rasullullah ke???

Ammal07..fahaman yang ko bawak tu....buat pakai untuk diri sendiri dah la.. Keluarga pun jangan la pengaruh diorang tu.. Kita taknak Tanah Melayu ni nanti jadi macam Daghestan dimana pelampau Wahabi sampai letupkan kereta Mufti yang pro tasawuf.

Kalaulah Islam yang bro Ammal07 ni bawak lebih baik, yang dibawak oleh Dr Asri and the geng lebih baik.... maknanya Ulama Melayu Silam ni semuanya sesat dan pelaku bidaah ke?? Handal lagi Dr Asri dari Ulama Melayu Silam yang mengIslamkan tanah melayu...
Bro Ammal. ada berani sebut semua nama ulama Melayu dahulu sebagai pelaku bidaah??
kalau berani aku bagi senarai nama...

udah ler tu

dalam laman web Jakim, bila dibuat carian 'qunut' hanya ada dua hadis,tapi tidak membincangkan qunut subuh,

mana dia hadis yang menyuruh buat qunut subuh tu...

http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php
 
dalam laman web Jakim, bila dibuat carian 'qunut' hanya ada dua hadis,tapi tidak membincangkan qunut subuh,

mana dia hadis yang menyuruh buat qunut subuh tu...

http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

bengong punya hujah..kena google Jakim baru sah qunut?
cuba ko cari Duduk antara dua sujud...ada tak kat situ?
abih tu takyah duduk antara dua sujud ke???

hadis qunut aku tatau....imam Syafie takkan la bengong ajar qunut tanpa merujuk pada hadis?

Engko besar lagi dari Imam Syafie ?
 
bengong punya hujah..kena google Jakim baru sah qunut?
cuba ko cari Duduk antara dua sujud...ada tak kat situ?
abih tu takyah duduk antara dua sujud ke???

hadis qunut aku tatau....imam Syafie takkan la bengong ajar qunut tanpa merujuk pada hadis?

Engko besar lagi dari Imam Syafie ?

Betulah ragam manusia, kalau dah kalah berhujah, dia guna fitnah, kalau fitnah pun tak
menjadi, dia guna maki hamun pula, inilah puak-puak yang taksub kepada amalan
turun temurun takpa usul periksa.

dulu-dulu bolehlah taksub macamtu, sekarang dunia dah terbuka, langit terbuka, kita boleh teroka
ke mana-mana sahaja, untuk mencari kebenaran.

ulamak-ulamak muda yang balik dari timur tengah kebanyakannya tidak menyenagi amalan turun
temurun yang diamalkan oleh masyarakat melayu,kerana apa yang mereka pelajari di sana
tidak samad dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat di malaysia.


 
dalam laman web Jakim, bila dibuat carian 'qunut' hanya ada dua hadis,tapi tidak membincangkan qunut subuh,

mana dia hadis yang menyuruh buat qunut subuh tu...

http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

Hukum Membaca Doa Qunut

Hukumnya adalah sunat


Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adapah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.

Dalil :

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :

Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.

Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.

Dalam mazhab syafie adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam solat subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama salaf. Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman, Ali, Ibnu Abbas, Bara' bin "azib Rda (al Majmu' Syarah Muhazzab III halaman 504)
 
dalam laman web Jakim, bila dibuat carian 'qunut' hanya ada dua hadis,tapi tidak membincangkan qunut subuh,

mana dia hadis yang menyuruh buat qunut subuh tu...

http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

Qunut dalam Sembahyang Subuh.


Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

"Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."


Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:


"Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"



Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:

"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"



Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.
 
dalam laman web Jakim, bila dibuat carian 'qunut' hanya ada dua hadis,tapi tidak membincangkan qunut subuh,

mana dia hadis yang menyuruh buat qunut subuh tu...

http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu'jil.3,hlm.505 maksudnya:

"Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya 'sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia'
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya."



Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

"Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat."

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

"Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka."

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja'i, maksudnya:

"Dari Abu Malik Al-Asja'i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:"Wahai anakku, itu adalah bid'ah." Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid'ah.

Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:

"Almuthbitu muqaddimun a'la annafi"

Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.

Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu' jil.3,hlm.505, maksudnya:


"Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka"


Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul 'Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:"Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu."

Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

"Sudah terang qunut itu bukan bid'ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid'ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula"

Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I'tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu'd yg mengatakan, maksudnya: "Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun."

Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu' adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I'tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu'in dan Imam Nasa'i.

Imam Bukhari mengatakan: "Ingatannya tidak kuat!"

Imam Abu Hatim mengatakan:"Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang."(Mizanul I'tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

"Al-muthbitu muqaddamun a'la annafi" maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

"Qunut pada solat subuh itu bid'ah"

Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
"Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh."

5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

"Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh."

Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya'la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.

Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul I'tidal: Muhammad bin Ya'la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I'tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I'tidal 2/422)
 
Betulah ragam manusia, kalau dah kalah berhujah, dia guna fitnah, kalau fitnah pun tak
menjadi, dia guna maki hamun pula, inilah puak-puak yang taksub kepada amalan
turun temurun takpa usul periksa.

dulu-dulu bolehlah taksub macamtu, sekarang dunia dah terbuka, langit terbuka, kita boleh teroka
ke mana-mana sahaja, untuk mencari kebenaran.

ulamak-ulamak muda yang balik dari timur tengah kebanyakannya tidak menyenagi amalan turun
temurun yang diamalkan oleh masyarakat melayu,kerana apa yang mereka pelajari di sana
tidak samad dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat di malaysia.



adakah qunut juga merupakan amalan yang dibuat oleh bangsa melayu..?
 
Back
Top
Log in Register