BTC USD 84,364.2 Gold USD 4,140.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Qunut Subuh

ammal07

Super Active Member
Messages
5,069
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
369
Points
81
assalamualaikum...

hasil carian dari laman web al islam,
hanya ada dua hadis yang membincangkan soal qunut,tidak menyebut
pasal qunut subuh ( tak sama dgn qunut yg kita biasa baca )

http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=360

1 ) Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Setelah selesai membaca surah dalam sembahyang Subuh, Rasulullah s.a.w bertakbir dan mengangkat kepalanya lalu berkata: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ Yang bermaksud: Semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Ya Allah! Tuhan kami, hanya bagiMu segala puji. Dalam keadaan masih berdiri baginda berdoa: اللَّهُمَّ أَنْجِ الْوَلِيدَ بْنَ الْوَلِيدِ وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ وَاجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ كَسِنِي يُوسُفَ اللَّهُمَّ الْعَنْ لِحْيَانَ وَرِعْلًا وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَتِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ Yang bermaksud: Ya Allah! Selamatkanlah Al-Walid bin Al-Walid, Salamah bin Hisyam dan Ayyasy bin Abu Rabi'ah serta orang-orang mukmin yang lemah. Ya Allah! Timpakanlah seksaMu ke atas Bani Mudhar Timpakan seksaan itu atas mereka sebagaimana yang pernah Yusuf menderita kesengsaraan. Ya Allah! Kutuklah Bani Lihyan, Bani Ri'lan, Bani Zakwan dan Bani Usaiyah. Mereka juga mendustai Allah dan Rasul-Nya. Kemudian aku dengar bahawa beliau meninggalkan perkara itu sewaktu turun firman Allah لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ Yang bermaksud: Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka atau mengazab mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1082

2 ) Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Dia pernah mendengar Abu Hurairah berkata: Demi Allah! Aku adalah orang yang paling tahu berkenaan dengan sembahyang Rasulullah s.a.w. Abu Hurairah biasanya membaca qunut semasa sembahyang Zuhur, sembahyang Isyak yang dilakukan pada akhir malam dan ketika sembahyang Subuh beliau juga berdoa untuk orang-orang mukmin dan mengutuk orang-orang kafir

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1084
 
w'salam....
so bacalah qunut spt mana biasa...
x batal pun solat subuh tu...
atau tuan nak ckp qunut subuh tu bidaah?
 
Dia pilih2 je, kalau mana ikut selera dia, dia amik la, bukan ikhlas iktiraf imam syafie
 
w'salam....
so bacalah qunut spt mana biasa...
x batal pun solat subuh tu...
atau tuan nak ckp qunut subuh tu bidaah?

jangan ditegur bro, dia lagi hebat dari imam syafie

imam syafie hafal quran dan hadith, dia kena guna fucntion search kat komputer tu, kalau server down atau letrik takde, habis la ilmu dia

dia sibuk ngan aktiviti memorex malam2, imam syafie takat solat malam, mana la nak disamakan dengan tahap dia tu
:eek:
 
Qunut tu doa..doa kan bagus..so ape yg bidaah..sebab ape umat islam x bersatu? sebab mazhab ade 4...fikir2 kan pd zaman Rasulullah S.A.W, hnye 1 sahaja fahaman.umat islam bersatu. ambo mitok maaf kalu tersilap, sebab ambo ni cetek ilmu..
 
Qunut tu doa..doa kan bagus..so ape yg bidaah..sebab ape umat islam x bersatu? sebab mazhab ade 4...fikir2 kan pd zaman Rasulullah S.A.W, hnye 1 sahaja fahaman.umat islam bersatu. ambo mitok maaf kalu tersilap, sebab ambo ni cetek ilmu..

so apa salahnya ada 4 mazhab?
kan bagus bila semua sunnah nabi dihidupkan dlm 4 mazhab...
 
watch
 
kt area aku byk kali la buat qunut nazilah....
 
TT nak kata solat yg kita amalkan sejak kecik tu byk unsur2 Bidaah..
 
Back
Top
Log in Register