kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Qi Razali Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan Hati. Pelakon dan pengacara, Qi Razali kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah.
Berita gembira itu dikongsikan oleh personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di aplikasi X dimana dia memuat naik beberapa foto sekitar majlis pernikahan pasangan tersebut.
25.5.25 Mengacarakan majlis pernikahan Babah
Menerusi perkongsian tersebut, Qi kelihatan segak dan tenang mengenakan busana pengantin serba putih ketika majlis akad nikah berlangsung.
Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di sebuah lokasi yang berlatar belakangkan suasana kampung serta mencetuskan suasana tenang dan indah buat pasangan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada pemain drum kumpulan OAG itu atas berita perkahwinannya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Alhamdulilah, tahniah Qi Razali dan pasangannya.”
“Tahniah Qi Babah.”
“Tak sangka Qi Razali dah berkahwin,” komen dari netizen.
==============================
Ala Qi akhirnya kahwin jugak ye! Mesti ramai yang patah hati haha. Tapi steady la buat majlis simple2 kat kampung ni, tenang je vibe dia. Hmm, ada tak dia share gambar2 more kat IG tu?
Qi Razali Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan Hati
Pelakon dan pengacara, Qi Razali kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah.