BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Tiara Jacquelina, Mila Mohsin Selamat Diijabkabulkan Dengan Jejaka Pilihan Hati

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
astro_gempak_dyrga-241.jpg


"Anak Tiara Jacquelina, Mila Mohsin Selamat Diijabkabulkan Dengan Jejaka Pilihan Hati" Anak kepada pelakon dan penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Mila Mohsin selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Abang Saef Hud.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung dalam suasana penuh sederhana namun meriah di sebuah premis acara di The Mines, Seri Kembangan, baru-baru ini.

Momen indah itu turut disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Menerusi perkongsian gambar dan video di akaun Instagramnya, Mila dan suami kelihatan anggun dan segak mengenakan persalinan serba putih, manakala keluarga sebelah pengantin perempuan tampil sedondon dengan busana berona oren.

Keluarga pengantin lelaki pula tampil segak dan manis dengan pilihan tema warna biru lembut.

Untuk makluman, Mila merupakan anak sulung kepada Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin.

Menjejak langkah kedua-dua ibu bapanya dalam dunia seni, Mila mula bergiat aktif dalam bidang lakonan ketika usia lewat 20-an dan pernah membintangi filem Laknat yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Amerul Affendi, Noorkhiriah dan Naque Ariffin.

==============================
Fuh, Mila kahwin dengan jejaka pilihan hati cerita trendy ni. Suasana majlis nampak sweet sangat, tema oren ngan biru lembut tu cute je. Suka2 bila tengok dia follow jejak langkah ibunya, harap kekal bahagia lah! 😘💍

 
Back
Top
Log in Register