TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
MONACO 11 Dis. - Puteri Monaco, Charlene Wittstock selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan yang masing-masing diberikan nama, Jacques Honore Rainier dan Gabriella Therese Marie, kelahiran kembar pertama dalam kalangan keluarga diraja negara ini sejak diasaskan pada abad ke-13.
Laporan rangkaian berita BBC yang memetik kenyataan Istana Monaco menyebut, Puteri Gabriella dilahirkan tepat pada pukul 5.04 petang (12.44 tengah malam waktu Malaysia), dua minit sebelum Putera Jacques di Hospital Puteri Grace.
Jelas kenyataan berkenaan, kedua-dua bayi tersebut berada dalam keadaan sihat, begitu juga dengan ibu mereka.
“Sebanyak 42 das tembakan meriam dilepaskan iaitu 21 tembakan bagi setiap bayi bagi meraikan kelahiran pasangan kembar berkenaan yang merupakan anak pertama Putera Albert II dan Puteri Charlene.
“Putera Jacques bakal menjadi pewaris takhta keluarga diraja Monaco memandangkan peraturan negara ini yang menetapkan kelebihan kepada waris lelaki sahaja untuk menduduki takhta,” tambah kenyataan itu.
Putera Albert II, 56, mempunyai dua anak lain tetapi mereka dikecualikan daripada menjadi waris takhta kerana dilahirkan di luar perkahwinan.
Hanya seorang wanita sahaja yang pernah memerintah Monaco iaitu Puteri Louise-Hippolyte, tetapi beliau meninggal dunia beberapa bulan selepas menduduki takhta pada 1731.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...rkan-bayi-kembar-1.35387#sthash.zUAtueSG.dpuf