BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putera William paling popular

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
lu_09.1.jpg


LONDON 16 Jun - Pewaris takhta diraja Britain, Putera William lebih popular berbanding neneknya, Ratu Elizabeth II, menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh akhbar Sunday Mirror dan Independent, semalam.

Tinjauan atas talian yang membabitkan seramai 2,034 rakyat British itu menunjukkan, sebanyak 68 peratus daripada keseluruhan pengundi menggemari William dan ratu Britain itu hanya memperolehi 63 peratus undi.

Kedua-dua individu berkenaan turut dilihat lebih terkenal berbanding Putera Charles yang menerima 43 peratus undi, manakala Perdana Menteri Britain, David Cameron hanya terkenal dalam kalangan 28 peratus pengundi, lapor laman web, MailOnline.

Datuk Bandar London, Boris Johnson dilihat merupakan ahli politik Britain yang paling digemari dengan menerima 41 peratus undi popular.

Anggota Parlimen, Theresa May turut tersenarai dalam tinjauan itu dengan menerima undi sebanyak 16 peratus, manakala Setiausaha Pendidikan, Michael Gove hanya memperolehi sembilan peratus undi popular.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg hanya popular dalam kalangan 13 peratus pengundi.

Tinjauan berkenaan turut menunjukkan 48 peratus pengundi paling mementingkan nilai kebebasan bersuara, dan hanya 12 peratus memilih kebebasan beragama, diikuti dengan kehormatan undang-undang, kebebasan politik dan tanggungjawab.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140617/lu_09/Putera-William-paling-popular#ixzz34qVEM4U7
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Back
Top
Log in Register