BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang Rasmi Pusat Ortopedik Dan SpinaÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,172
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,172
Reaction score
346
Points
141

Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang Rasmi Pusat Ortopedik Dan SpinaÂ​

8a8a7b824208ddddb6cda6af70a686306a1e9426ed801

6eb36ae1286360dce68c1bf5ce10dfba6a1e93fd36dfb

08a008e4c8efe2e9095b8f6170657dcd6a1e90fbd3e4e

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tiga, kiri) merasmikan Pusat Ortopedik Sunway Medical Centre Penang.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Medical Centre Penang Christine Lee (empat, kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pembukaan rasmi Pusat Ortopedik dan Spina di Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang melambangkan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh peranan hospital itu sebagai destinasi utama bagi penjagaan ortopedik dan spina termaju di utara Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif pusat perubatan itu, Christine Lee Chwee Ngoh berkata pusat baharu itu memperlihatkan komitmen hospital berkenaan untuk membawa inovasi penjagaan kesihatan bertaraf dunia serta rawatan khusus lebih dekat kepada komuniti di Pulau Pinang dan wilayah utara.

“Kami berbesar hati menyokong visi Penang2030 dengan membawa inovasi penjagaan kesihatan bertaraf dunia serta penjagaan penuh belas ihsan … ,” katanya pada majlis pelancaran rasmi pusat itu hari ini, yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Turut hadir Presiden Sunway Healthcare Group Datuk Lau Beng Long serta Pengarah Urusan Hospital dan Operasi Penjagaan Kesihatan kumpulan itu, Dr Khoo Chow Huat.

Lee berkata pesakit kini boleh mendapatkan rangkaian perkhidmatan ortopedik dan spina di bawah satu bumbung, termasuk penjagaan spina khusus, prosedur penggantian sendi dengan bantuan penggunaan robot, pembedahan, pengurusan trauma serta pemulihan dan fisioterapi.

Beliau berkata misi pusat itu bukan sekadar teknologi dan prosedur perubatan semata-mata.

“Pada setiap pembedahan dan proses pemulihan pesakit mendambakan untuk dapat berjalan semula tanpa kesakitan, kembali bekerja atau meluangkan masa bermakna bersama orang tersayang. Inilah tujuan sebenar di sebalik segala yang kami lakukan,” katanya.

Sementara itu, Chow berkata pembukaan pusat berkenaan bukan sekadar penambahan fasiliti perubatan baharu, sebaliknya mencerminkan komitmen bersama untuk membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih sihat, aktif dan produktif.

“Banyak pekerjaan hari ini memberikan banyak tekanan kepada tubuh badan. Lama-kelamaan, sakit belakang, masalah sendi dan keadaan muskuloskeletal lain boleh menjejaskan mobiliti, produktiviti serta kualiti hidup,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register