BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat perubatan RM1 billion

zack2terer

Legendary Member
gem
Messages
13,627
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Pusat perubatan RM1b

Oleh FAIRUS KASSIM
[email protected]

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Sebuah pusat perubatan primier bernilai hampir RM1 bilion dikenali sebagai UM Health Metropolis akan dibina tahun ini bersebelahan dengan Universiti Malaya, di Petaling Jaya.

Pusat perubatan itu akan dibina oleh UM Holdings Sdn. Bhd. yang juga pemilik pusat perubatan Universiti of Malaya Specialist Centre (USMC).

UM Health Metropolis juga akan dijadikan pusat penyelidikan perubatan dan biosains antarabangsa selain bertindak sebagai pemangkin kepada penghasilan kemudahan perubatan moden tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif UMSC, Prof. Datuk Mohd. Amin Jalaludin berkata, projek pembinaan hospital premier akan lancarkan tidak lama lagi dan dijadualkan siap pada 2015.

"Hospital ini mempunyai kapasiti 400 buah katil dan bakal mewujudkan empat ribu peluang pekerjaan baharu.

"Kami akan umumkan maklumat lebih terperinci mengenai projek ini pada hari pelancarannya tidak lama lagi. Apa yang boleh saya katakan, sebelum akhir tahun ini, 10 peratus projek akan disiapkan.

"Pembinaan hospital ini merupakan salah satu inisiatif untuk menarik lebih ramai pelancong asing hadir ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan," kata beliau selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Transformasi Nasional di sini.

UM Health Metropolis merupakan salah satu daripada 12 inisiatif digerakkan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi mencapai sasaran sumbangan berjumlah RM50 bilion kepada pendapatan negara pada tahun 2020 daripada sektor kesihatan.

Sementara itu, Mohd. Amin dalam ucapannya pada majlis itu berkata, pembangunan peralatan perubatan tempatan agak perlahan dan lebih banyak bergantung kepada produk luar yang pastinya lebih mahal.

Katanya, banyak peralatan perubatan dihasilkan oleh universiti tempatan dan telah dipatenkan tetapi akhirnya tersimpan begitu sahaja tanpa sebarang usaha pengkomersialan.

"Melalui NKEA, diharapkan harta intelek bernilai tinggi tersebut dapat diketengahkan dan sekali gus mampu mengurangkan kos kesihatan di Malaysia.

"Kerjasama antara, universiti, pihak swasta dan orang ramai amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat ini," jelasnya.


Sumber
 
kaya tu rm1 bilion pnye kos
 
adakah kos rawatan disini akan menjadi mahal?
 
dh tentu kos die pun mcm kita masuk hospital pakar lee.... mahal lee kosnyee nanti..
 
kerajaan bukan nk merawat orang sakit...menambah derita orang sakit yg xde duit...
 
adakah kos rawatan disini akan menjadi mahal?

itu dah semestinya. Jika sakit pergi sini mesti mcm2 caj kena tp baik atau sembuh belum pasti lg. jika admitted ke sini mcm duduk dlm hotel 6 bintang
 
tarikan melancong sambil berubat nie
elok juga nie
doktor2 & jururawat kita berkelas dunia
 
duit dari 1Care nasib tak baik 10% from you salary...
 
mmg kena kos tinggi...tu termasuk fees standby klu kena saman nanti ... :)) :))

org skang kan suka saman menyaman ... ~X(
 
Back
Top
Log in Register