BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puncak gunung pun ada orang jual aiskrim

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Puncak gunung pun ada orang jual aiskrim​

geli-aiskrim.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan beberapa pendaki membeli aiskrim kon selepas sampai ke puncak Gunung Sindoro. - TikTok

JAKARTA – Seorang pendaki terkejut apabila menemukan seorang lelaki menjual aiskrim kon semasa di puncak sebuah gunung di Temanggung, wilayah Jawa Tengah, lapor portal berita Lambe Turah.

Penemuan itu dibuat di Gunung Sindoro, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ayuratnasari1305 menunjukkan lelaki terbabit mencedok aiskrim dari dalam begnya lalu diletakkan di atas kon.

Meskipun cuaca sejuk, ia tidak menghalang pendaki-pendaki untuk menikmati pemanis mulut sambil melihat pemandangan yang cantik.

Rakaman itu mencatatkan lebih 224,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Atas gunung pun ada orang jual aiskrim,” kata seorang netizen.

“Sedapnya, lebih-lebih lagi selepas mendaki,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register