BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang Pantau Rapi Influenza, Situasi Masih Terkawal - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
aa9b734d359da94d6838b746b3113cb568a7019764c8c

Daniel Gooi Zi Sen

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa situasi jangkitan influenza di negeri itu masih terkawal meskipun pemantauan berterusan terus dijalankan susulan peningkatan beberapa kluster di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata sehingga Minggu Epid (ME) 40 tahun ini, sebanyak 18 kluster influenza direkodkan, menurun satu kluster berbanding 19 kluster bagi tempoh sama tahun lepas.

“Jika dibandingkan tahun lepas untuk tempoh sehingga ME 40, terdapat pengurangan satu kluster. Namun begitu, situasi ini tetap perlu dipantau secara rapi,” katanya kepada pemberita pada Program Mental Health Matters di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sebanyak 97 kluster influenza melibatkan influenza A dan B direkodkan di seluruh negara pada ME 40/2025, meningkat berbanding hanya 14 kluster pada ME 39/2025.

Pulau Pinang disenaraikan antara lima negeri tertinggi merekodkan peningkatan dengan 10 kluster manakala Selangor paling tinggi 43 kluster, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Johor (9) dan Kedah (5).

Menurut Gooi trend peningkatan kes influenza pada penghujung tahun mrupakan pola bermusim dan bukan sesuatu yang luar biasa.

Beliau menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa agar tidak panik, sebaliknya memberi perhatian kepada langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan.

“Influenza bukan seperti Covid-19. Ia boleh dikawal. Jika anak menunjukkan gejala seperti demam, segera bawa ke fasiliti kesihatan berhampiran,” tegasnya.

Beliau berkata vaksin influenza percuma turut disediakan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi seperti darah tinggi atau diabetes dan golongan berisiko digalakkan mengambil suntikan sebagai langkah perlindungan.

 
Back
Top
Log in Register