eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Jika anda ada menerima cek bayaran balik cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jangan terlalu cepat gembira.
Ini kerana ia mungkin tergolong dalam cek yang ditarik balik oleh LHDN serta disekat pembayarannya oleh pihak bank atas apa yang didakwa sebagai masalah teknikal.
Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Najlah Ishak dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, cek-cek yang bermasalah itu dikeluarkan pada 27, 28 dan 29 Mei 2009 serta yang bertarikh 1 dan 2 Jun 2009.
Beliau meminta para pembayar cukai yang menerima cek pada tarikh keluaran yang dinyatakan supaya mengembalikannya kepada LHDN.
Katanya, ia boleh dikembalikan ke Bahagian Perakaunan Hasil, Jabatan Pungutan Hasil, Tingkat 5, Blok 9, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, 50600 Kuala Lumpur.
Beliau menambah, cek gantian akan dipos kepada pembayar cukai selewat-lewatnya pada 10 Jun 2009.
Najlah berkata, LHDN memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pembayar cukai.