BTC USD 83,179.3 Gold USD 4,127.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puasa dan kesihatan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,006
Points
881
Puasa dan kesihatan
February 28, 2021
Berpuasa-696x427.png

Pendahuluan

PUASA
Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan.

Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah: ayat 183)

Hadis Rasulullah s.a.w. ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Advertisement

Kelebihan bulan Ramadhan

asiahali.jpg
Ustazah Dr Asiah Ali
Bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Umat Islam mempercayai pada bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul qadar atau Malam al Qadar.

Lailatulqadar atau malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Dipercayai sesiapa yang beramal pada malam tersebut, sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun empat bulan.

Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan ( Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengtahui apa dia kebesaran Malam Lailatu Qadar itu. Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadar: ayat 1-5)

Hubung kait puasa dengan kesihatan

Islam merupakan agama yang syumul yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuklah penjagaan daripada sudut kesihatan yang mana umat Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga akal dan nyawa.

Kesihatan merupakan modal utama untuk bekerja, beribadah dan melaksanakan aktiviti lain. Bulan Ramadhan banyak mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat terutama jika diamalkan dengan sempurna dan penuh keinsafan. Ramadhan satu anugerah pada kita kerana mampu menaikkan taraf kesihatan masyarakat.

Puasa adalah penawar, kerana ia boleh merangsang perubahan-perubahan dalam metabolisme badan dan membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika puasa, organ-organ badan dapat rehat dan membantu buang segala kotoran dan toksin.

  1. Puasa memperbaiki komposisi dan kecergasan badan
Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, ada di antara kita yang berpuasa kerana berminat akan kesan puasa terhadap tisu lemak di badan dan pengurangan berat badan secara keseluruhan. Berpuasa menyumbang kepada komposisi badan yang lebih baik melalui pelbagai cara, terutamanya melalui tindakan hormon dan metabolisma lemak.

  1. Puasa meningkatkan tahap kekenyangan walaupun makan sedikit
Tisu lemak anda berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin, menghasilkan beberapa jenis hormon. Salah satu daripadanya adalah leptin, yang memberi kesan kepada tahap kekenyangan anda. Dengan berpuasa, tahap leptin dalam badan menurun pada peringkat awal, namun apabila berat anda turut menurun, rintangan terhadap leptin juga berkurangan. Menjadi lebih responsif kepada leptin meningkatkan tahap kekenyangan anda.

  1. Puasa mengurangkan keradangan
Keradangan merupakan punca kepada banyak penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, angin ahmar, obesiti dan lain lain. Keradangan boleh disebabkan oleh banyak faktor, salah satu daripadanya adalah diet yang tidak sihat, seperti terproses (processed food).

Makanan terproses menghasilkan banyak radikal bebas dan kekurangan nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Makanan yang mengandungi gula terproses (refined sugar), karbohidrat terproses, alkohol, tenusu dan makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan. Reaksi metabolik juga turut boleh menyebabkan keradangan. Berpuasa mengurangkan keradangan dengan cara memperbaiki keseimbangan hormon dan menyebabkan sel badan lebih berdaya tahan terhadap stres oksidatif. Beberapa kajian menunjukkan bahawa puasa boleh menurunkan tahap insulin serta memperbaiki sensitiviti insulin seterusnya mengurangkan keradangan.

  1. Puasa menyokong pembakaran lemak (ketosis)
Keadaan di mana badan menggunakan lemak sebagai bahan bakar, tercapai sama ada melalui berpuasa atau pengambilan makanan yang mengandungi lemak sihat seperti avocado, keju asli, telur, ikan yang berlemak seperti salmon, kekacang, biji chia, minyak zaitun, minyak kelapa dan lain lain lagi. Ketosis membantu badan membakar simpanan lemak pada organ seperti hati dan perut. Lemak berlebihan pada organ tersebut mengganggu fungsi organ berkenaan dan seterusnya sistem lain di dalam badan.

  1. Puasa menambahbaik kesihatan kardiovaskular
Berpuasa mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan kardiovaskular, terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan sindrom metabolik. Berpuasa memperbaiki fungsi kardiovaskular, komposisi darah dan tekanan darah. Berpuasa turut baik untuk mereka yang menghidapi type dua diabetes (kencing manis) dan boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

  1. Puasa mengurangkan tekanan darah
Ketika berpuasa, tekanan darah dalam badan manusia akan menurun pada peringkat awal, terutamanya dalam minggu pertama berpuasa. Tekanan darah rendah berlaku kerana pengurangan pengambilan garam secara mendadak dan peningkatan kehilangan garam melalui proses pelawasan (kencing).

  1. Puasa mengurangkan tahap gula dalam darah
Apabila berpuasa, akan menurunkan kadar hormon insulin dalam darah dan memperbaiki tahap sensitiviti sel terhadap insulin yang amat penting dalam mengawal selia kadar gula di dalam darah. Keadaan ini penting untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

  1. Puasa memanjangkan umur
Kajian daripada seorang pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2016, Profesor Yoshinori Ohsumi daripada Jepun menunjukkan berpuasa mencetus badan untuk menghapuskan sel-sel badan yang rosak, dan memperbaharui sel, proses yang dipanggil autophagy. Melalui kajian autophagy, Profesor Ohsumi berjaya mengesan gen yang mengawal proses ‘memakan diri sendiri’ ini yang berlaku apabila berpuasa. Proses ini penting untuk mencegah penyakit penyakit yang berkaitan dengan penuaan dan memanjangkan umur.

Kesimpulan

Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, serta menggalakkan mereka untuk turut berpuasa dua hari seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis pada lain-lain bulan. Ternyata berpuasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang telah dapat dibuktikan oleh sains. – HARAKAHDAILY 28/2/2021
 
Memang bagus puasa ni dari segi kesihatan mental dan fizikal
 
Puasa tu bagus. Tapi puasa yg bagus tu puasa dengan hydration ( air yg cukup)

Aku dah lama tak puasa tanpa air. Sebab kepala aku akan dtg migraine kalau tak minum lebih 10jam.
 
Sembahyang
Puasa
Haji

dlm agama lain pun ada
Org jahiliah pun da buat sebelum nabi M

Itu semua latihan amali saja
Utk pengisian spiritual

hari2 kita puasa matsaleh kata break-fast
Tp kita tak perasan

hakikat puasa sebenar ialah mampu mengendalikan hawa nafsu supaya mendpt hakikat taqwa

kalau puasa sekadar menahan lapar dahaga tiap2 tahun, tp kaki fitnah rasuah etc

itu nama nya beragama ikut2 nenek moyang saja..islam baka
 
Baik ustaz syaiton dh kena ikat kn hahaga
 
Medical Mythbusters Malaysia
​

1j ·

BULAN PUASA & UBAT HIPERTENSI

Pengambilan ubat-ubatan dalam rawatan Hipertensi ketika bulan Ramadan

Sedikit informasi berkaitan pengambilan ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan hipertensi (darah tinggi) semasa bulan Ramadan.
Ada pelbagai ubat yang digunakan dalam rawatan hipertensi. Ada yang perlu diambil sekali sehari, dua kali sehari & tiga kali sehari.
Ada ubat yang perlu diambil sebelum makan, ada yang perlu diambil selepas makan dan kebanyakkannya boleh diambil sebelum atau selepas makan.

Mesti ada yang bertanya kenapa ada sebelum makan? Kenapa ada selepas makan?

Sebelum makan kerana serapan ubat lebih baik ketika perut kosong. Sebelum makan bermaksud 30 min – 1 jam sebelum makan atau boleh juga 2 jam selepas makan kerana perut telah kosong semula.

Selepas makan lebih kepada sebab kesan iritasi gaster (sakit perut). Untuk kurangkan iritasi gaster, baik untuk diambil selepas makan ketika perut berisi makanan.

Ok, sekarang ini untuk pengambilan ubat dalam bulan Ramadan ada 2 perkara harus diteliti terlebih dahulu.

PERTAMA
********
Lihat dahulu nama ubat Hipertensi yang anda atau ibu-bapa atau rakan atau sanak saudara anda ambil. Rujuk jadual yang telah disediakan. Jika ubat tersebut diwarnakan kuning makan ubat hipertensi ini perlu diambil sebelum makan. Jika ubat tersebut diwarnakan oren maka ia perlu diambil selepas makan.

Jika tiada warna bermaksud ia boleh diambil sebelum atau selepas makan (terpulang kepada individu) kerana kehadiran makanan tidak mempengaruhi kadar resapan ubat dan ubat tidak memberi kesan iritasi gaster.

KEDUA
******
Ketahui terlebih dahulu berapa kali perlu diambil ubat tersebut dalam sehari. Jika ubat tersebut perlu diambil Cuma sekali sehari , rujuk Jadual sebagai cadangan kepada masa untuk mengambil ubat. Sama ada ketika waktu sahur atau berbuka.

Untuk mudahkan mengingat, jika ubat hipertensi itu perlu dimakan sekali sehari dan perlu diambil sebelum makan, maka dicadangkan masa pengambilan ubat seperti ini ketika bulan Ramadan adalah sejam atau 30 min – 1jam sebelum bersahur.

Maksudnya, bangun awal pagi terus makan ubat, kemudian teruskan persediaan untuk makan sahur seperti panaskan lauk, goreng telur atau sayur dll, agar anda mengambil masa 30 min – 1 jam sebelum kita makan menu utama hidangan sahur. Sebagai contoh ubat Perindopril (Rujuk jadual)

(Ingat...bukan maksud sebelum makan itu betul-betul sebelum suap pertama hidangan utama. Maksudnya 30 min – 1jam atau 2 jam selepas makan).

Manakala untuk ubat rawatan hipertensi yang perlu dimakan sekali sehari selepas makan seperti ubat Frusemide, Hydrochlorothiazide, Spironolactone (Rujuk Jadual) dan perlu diambil selepas makan, maka cadangan masa pengambilan ketika bulan Ramadan adalah selepas bersahur (selepas makan menu utama sebelum masuk waktu imsak).

3 jenis ubat ini : Frusemide, Hydrochlorothiazide dan Spironolactone adalah daripada kumpulan ubat diuretik. Ia berfungsi membuang air daripada tubuh. Justeru tidak sesuai untuk dimakan selepas berbuka puasa kerana akan menganggu tidur waktu malam kerana terjaga untuk buang air kecil.

Bagi ubat yang perlu diambil sekali sehari dan tidak mengira waktu sama ada sebelum atau selepas makan, maka boleh diambil sebelum atau selepas bersahur atau sebelum atau selepas waktu berbuka puasa mengikut saranan seperti dalam rajah yang disediakan (Rajah: Cadangan masa pengambilan ubat-ubatan dalam bulan Ramadan).

Pesakit boleh membuat pilihan dan teruskan pengambilan pada waktu pilihan yang sama setiap hari. Tapi Ingat sebelum bersahur itu bermaksud 30 min – 1jam sebelum menu utama dan sebelum berbuka puasa itu 30min selepas berbuka ringan (Buah kurma dan air kosong) sebelum menu utama berbuka.

*******************************************
Bagi ubat yang perlu dimakan dua kali sehari, sebelum makan (tiada contoh ubat seperti dalam jadual untuk ubat Hipertensi) maka makanlah ubat tersebut 30 min – 1jam sebelum bersahur dan untuk dos berikutnya selepas berbuka sebelum menu utama.

Maksud selepas berbuka sebelum menu utama adalah....Apabila masuk sahaja azan Maghrib ambil sebiji buah kurma dengan air kosong kemudian makan ubat. Selepas tu teruskan untuk bersolat Maghrib. Selepas selesai solat Maghrib dan sedikit berehat dalam 30min barulah berbuka puasa dengan menu utama.

Bagi ubat yang perlu dimakan dua kali sehari, selepas makan seperti Carvedilol (Rujuk jadual) maka makanlah ubat tersebut selepas menu utama waktu bersahur dan selepas menu utama waktu berbuka puasa.

Bagi ubat yang perlu diambil dua sehari dan tidak mengira waktu sama ada sebelum atau selepas makan, maka boleh diambil sebelum atau selepas bersahur atau sebelum atau selepas berbuka puasa. Tapi Ingat sebelum bersahur itu bermaksud 30 min – 1jam sebelum menu utama dan sebelum berbuka puasa itu 30min selepas berbuka ringan (Buah kurma dan air kosong) sebelum menu utama berbuka.
*********************************************

Bagi ubat yang perlu dimakan tiga kali sehari sebelum makan seperti Captopril (rujuk jadual) maka makan ubat ubat tersebut 30 min – 1jam sebelum bersahur, makan dos kedua selepas berbuka sebelum menu utama dan makan dos ketiga sebelum tidur.

Jika boleh lewatkan sikit waktu tidur sekitar jam 11-12 malam. Masa selepas solat terawih, duduk rehat sekejap kemudian jam 11-12 malam baru masuk tidur.

Bagi ubat yang perlu dimakan tiga kali sehari, selepas makan makan (tiada contoh ubat seperti dalam jadual untuk ubat Hipertensi) maka makanlah ubat tersebut selepas menu utama bersahur, dos kedua selepas menu utama berbuka dan dos ketiga sebelum tidur. Juga jika boleh lewatkan sikit waktu masuk tidur hingga jam 11-12 malam.

*********************************************
Bagi ubat yang perlu dimakan empati kali sehari, saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor dan ahli farmasi untuk melihat kesesuaian anda untuk berpuasa. Jika anda sesuai untuk berpuasa sambil menerima rawatan kerana penyakit yang terkawal, doktor akan menukarkan ubat sedia ada kepada alternatif daripada kumpulan ubat yang lain bagi tujuan rawatan dan tidak memerlukan kekerapan pengambilan seperti empat kali sehari semasa dalam bulan Ramadan ini.

*********************************************
Jadual contoh ubat yang diberikan ini cuma berdasarkan kepada dos kebiasaan ubat yang diambil dalam rawatan Hipertensi. Ada juga ubat-ubatan yang diarahkan untuk diambil lebih atau kurang daripada apa yang tercatat dalam jadual berdasarkan keputusan doktor yang merawat anda.

Oleh itu, pastikan anda membaca dahulu label ubat anda terlebih dahulu untuk melihat maklumat dos yang diarahkan dan kekerapan pengambilan ubat dalam sehari. Seterusnya ikut panduan perkara PERTAMA DAN KEDUA seperti di atas.

Rujuk Rajah; Cadangan Masa Pengambilan Ubat-ubatan Dalam Bulan Ramadan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan masa-masa yang dicadangkan dalam artikel ini.

Panduan makan sebelum dan selepas makan dalam jadual juga boleh diguna-pakai untuk ubat-ubatan selain daripada ubat untuk tujuan rawatan Hipertensi. Hanya perlu diketahui melalui bacaan label sama ada sebelum atau selelapas makan serta kekerapan pengambilannya dalam sehari.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang). Semoga bermanfaat buat semua.

#puasadanubat
#medicalmythbustersmalaysia
#kenaliubatanda

1648950983822.png

1648950992884.png
 
Back
Top
Log in Register