BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Psy perkenal tarian pinggul

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
du_03.1.jpg


SEOUL - Bintang rap Korea Selatan, Psy kelmarin mendedahkan tarian goyang pinggul dalam video muzik terbaharunya yang berjudul Gentleman di laman YouTube.

Psy juga menyanyi dan melakukan gerakan tarian tersebut semasa dia membuat persembahan yang disaksikan 50,000 orang di sebuah stadium di sini kelmarin.

Video muzik penyanyi berusia 35 tahun itu kini mencatatkan lebih 13 juta tontonan selepas dimuat naik sejurus konsert Psy bermula di stadium tersebut.

Video muzik penyanyi itu yang berjudul Oppa Gangnam Style telah mencatatkan lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.

Pada sidang akhbar sebelum konsertnya bermula, Psy menyatakan, dia mahu penduduk Korea Utara turut berkongsi kegembiraan dan keseronokan semasa bergembira dengan muziknya.

Dia membuat kenyataan itu ketika mengulas tentang krisis di Semenanjung Korea yang semakin memuncak selepas Korea Utara mengancam mahu melancarkan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan Jepun.

Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan sekatan pengimportan barang mewah ke Korea Utara kerana negara itu melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.

"Pada malam ini, kita dan 50,000 rakyat Korea...kita akan menyanyi bersama-sama dengan kuat.

"Kami akan menjerit dan kita amat dekat dengan mereka (penduduk Korea Utara) supaya mereka boleh mendengar.

"Adalah diharapkan menerusi Gangnam Style dan Gentleman, video muzik serta reka tari saya, mereka (penduduk Korea Utara) akan turut terhibur bersama-sama," kata Psy.

Dalam video muzik itu, Psy membuat gurauan terhadap wanita-wanita antaranya dia bertindak menarik kerusi semasa mereka mahu duduk. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...ub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2QTzYBsvs
Hakcipta terpelihara
 
cuba lawan nuklear Korea Utara..bleh menang x?

bila la Korea Selatan & Korea Utara bleh bersatu? jadi macam Jerman
 
Ni la bebudak kita akan tiru ni... Tunggu la seminggu dunia ni. Penuh utube...
 
banyak jugak org noh..tarian pinggul pon depa suka....dok syok sangat tengok K.U hantaq seketoi mai jenuh...tak dan lari
 
Back
Top
Log in Register