salam, tuan, mohon bantuan untuk selesaikan masalah saya.
saya warded kat hospital, guna kad prudential.
antara masalah yang saya hadapi masa kat hospital:
1. masa nak masuk ward memang lambat. kena tunggu sejam kata nya. sebab nak minta approval dari prudential. pihak hospital fax kepada prudential, tunggu prudential reply. minimum masa adalah sejam. tapi saya punya hari tu 2 jam lebih. terpaksa menelefon pejabat prudential berkali-kali dan menunggu reply fax.
2. bila nak buat prosedur, contoh nya CT scan atau MRI, pihak prudential tak cover sekiranya result scan tersebut adalah negatif. contoh nya doktor suspect pesakit ada slipped disc, tapi setelah buat MRI menyatakan tak ada slipped disc, patient terpaksa bayar kos tersebut.
3. sesetengah bayaran haruslah didahulukan oleh pesakit. kemudian claim dengan prudential. untuk dapat claim pula ambik masa lebih sebulan.
4. elaun-elaun yang dijanjikan tidak semua dapat claim. ada bermacam-macam syarat dari prudential untuk claim. siap bagi questionaire untuk pesakit, kena isi borang, jawab soalan-soalan. setelah itu fax lagi ke prudential.
bohon bantuan pihak tuan, nak refer kepada siapa masalah ni?
masa sign insurans policy macam-macam janji, tapi masa claim, macam susah je. saya bukan nak condemn sesiapa, cuma nak share pengalaman.
saya tahu agen tak salah. pihak prudential yang menyulitkan keadaan.
kalau boleh, jangan lah tabur janji yang terlalu manis. kesian kat pesakit. saya dah merasai nya. mungkin sesiapa yang dah masuk hospital, tahu lah apa yang rasa lalui.