rinoa99
Legendary Member

- Messages
- 19,483
- Joined
- Jun 5, 2022
- Messages
- 19,483
- Reaction score
- 2,596
- Points
- 261
PETALING JAYA: PKR mengesyorkan kerajaan menyediakan insentif secara 'one-off' kepada pengundi baharu berusia 18 hingga 21 tahun, dalam usaha menggalakkan mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata dalam pertemuan beliau dengan golongan itu, kira-kira 60 peratus daripada mereka sedia untuk mengundi namun berdepan masalah kewangan untuk pulang menunaikan tanggungjawab kerana masih belajar atau baru mula bekerja.
Selain itu, 40 peratus lagi tidak menyedari mereka adalah pengundi dan golongan ini memerlukan dorongan untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
"Bagi memenuhi hasrat supaya kadar pengundian kekal tinggi dan golongan ini boleh keluar mengundi, PKR mencadangkan insentif kewangan yang dinamakan "Insentif Demokrasi" secara 'one-off' ini kepada semua pengundi baharu berusia 18 hingga 21 tahun serta mereka yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan perindustrian.
"Insentif ini akan mendorong golongan ini keluar mengundi dan mengurangkan kos pengangkutan mereka.
"Insentif ini bukanlah dicadang diberikan setiap lima tahun tetapi untuk kali ini saja kerana PRU15 adalah episod penting dalam sejarah negara, yang mana semua rakyat diberikan hak untuk bersama menentukan nasib negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pada PRU15 yang akan berlangsung 19 November ini, seramai 5.8 juta pengundi baharu ditambah dalam daftar pemilih semasa, susulan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik, dengan 1.2 juta daripadanya berusia 18 hingga 21 tahun.
Chean Chung berkata, pihaknya tidak mencadangkan sebarang jumlah bagi insentif itu, namun berharap jika dilaksanakan kelak, ia perlu dilakukan secara adil, telus dan cekap.