BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: 78.6 peratus pengundi Cina mahu isu kos sara hidup diutamakan - Huayan Policy Institute

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

PRU15: 78.6 peratus pengundi Cina mahu isu kos sara hidup diutamakan - Huayan Policy Institute​

Astro Awani
Oktober 30, 2022 09:00 MYT
PRU15: 78.6 peratus pengundi Cina mahu isu kos sara hidup diutamakan - Huayan Policy Institute

Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban. - Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Kajian yang dilakukan oleh Huayan Policy Institute dan Centre for Malaysian Chinese Studies terhadap sikap pengundi Cina pula mendapati 78.6 peratus menganggap isu kos sara hidup menjadi keutamaan mereka dalam membuat keputusan ketika mengundi.
Sebanyak 75.1 peratus melihat isu pendidikan, 73 peratus kestabilan politik, 72.5 peratus melihat isu hubungan antara kaum dan 68.6 peratus mementingkan isu nilai mata wang dan hutang negara.
5c3b46a79bfc1ce695cd6a08cf4cc615.gif

67.93 peratus pengundi Cina melihat isu reformasi institusi dan tata kelola menjadi keutamaan, 65.29 peratus isu pekerjaan dan gaji serta 58.75 peratus memberi keutamaan kepada isu infrastruktur awam.

Isu lain yang menjadi perhatian pengundi Cina adalah pelaburan dan GDP sebanyak 58.67 peratus, kesihatan (55.31 peratus), kebebasan dan hak asasi manusia (53.31 peratus).
51.8 peratus pengundi Cina berpendapat kenaikan kos sara hidup telah menjejaskan hidup mereka, manakala 46.6 peratus menganggap ia menjejaskan sedikit sementara hanya 1.61 peratus merasakan ia tidak menjejaskan.

Sebanyak 65.2 peratus pengundi Cina menganggap merasakan situasi politik semasa adalah tidak stabil.
Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.
Ia dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik Ilham Centre, O2 Research Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.
Kaji selidik oleh Huayan Policy Institute menjelang PRU15

Kaji selidik oleh Huayan Policy Institute menjelang PRU15
Kaji selidik oleh Huayan Policy Institute menjelang PRU15

Kaji selidik oleh Huayan Policy Institute menjelang PRU15
https://undi.astroawani.com/?utm_so...=Article Banner&utm_campaign=20221030 Undi SR
 
#BHnasional #PRU15 Hanya lapan peratus responden mahu keutamaan diberikan terhadap membersihkan kerajaan daripada budaya rasuah
https://bit.ly/3TLBySG

Isu ekonomi dan kemiskinan tumpuan pengundi - tinjauan​


Oktober 30, 2022 @ 1:39pm


30bhhaspr_1667108352.jpg


KUALA LUMPUR: Memulihkan ekonomi, membasmi kemiskinan dan menangani kos sara hidup adalah keutamaan yang perlu diberikan oleh parti yang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Hasrat itu adalah hasil kajian 'Memahami Selera Rakyat: Tinjauan Awal PRU15' terhadap 1,622 responden berusia 18 hingga 60 tahun di enam zon seluruh negara, yang dijalankan Ilham Centre selama dua bulan bermula 1 Ogos lalu.

Sebanyak 44 peratus responden mahu kerajaan memberi perhatian terhadap usaha pemulihan ekonomi dan kemiskinan, manakala 35 peratus mahu usaha dilakukan bagi menangani isu kos sara hidup.

Selain itu, lapan peratus responden mahu keutamaan diberikan terhadap membersihkan kerajaan daripada budaya rasuah, memastikan janji manifesto ditunaikan (tujuh peratus), merapatkan jurang antara kaum (tiga peratus) serta mereformasi institusi dan tadbir urus kerajaan (satu peratus).



"Pengundi memberi fokus utama kepada isu ekonomi, kos sara hidup, membasmi kemiskinan dan seumpamanya berbanding isu lain. Tawaran manifesto dalam aspek ini oleh parti politik akan diberi perhatian oleh rakyat.

"Rakyat melihat kerajaan seperti tidak mempunyai solusi tuntas dan penyelesaian terbaik terhadap lambakan isu rakyat ketika ini, khususnya masalah kenaikan harga barang, kos sara hidup dan ekonomi rakyat," demikian menurut rumusan kajian itu.

Sementara itu, kajian itu juga mendapati, hanya pengundi dalam kumpulan usia 50 tahun dan ke atas yang melihat faktor parti sebagai keutamaan mereka untuk mengundi.

Sebanyak 38 peratus responden melihat kepada faktor calon, 32 peratus melihat kepada parti dan 30 peratus melihat kepada isu.
Mengenai isu yang menjadi pertimbangan utama pengundi dalam membuat keputusan, 61 peratus responden melihat kepada isu tempatan, manakala selebihnya adalah isu nasional.

"Pengundi lebih melihat faktor isu tempatan berbanding isu nasional dalam membuat keputusan di kotak undi nanti, terutama kelompok pengundi Borneo, lokaliti kampung dan tanah rancangan," kata kajian itu.

Sementara itu, lebih separuh responden menyatakan, mereka mendapatkan sumber mengenai isu semasa daripada internet seperti Facebook, Whatsapp dan media sosial lain.

Bagaimanapun, faktor konvensional seperti rakan, televisyen dan ahli keluarga tetap mempunyai nilai tersendiri.

Lebih 28 peratus mendapatkan sumber mengenai isu semasa daripada portal berita internet, 26.8 peratus daripada televisyen, 24.5 peratus daripada Facebook dan 4.3 peratus daripada akhbar harian.

Selebihnya, 4.3 peratus melalui Twitter, Whatsapp (3.8 peratus), ahli keluarga (3.5 peratus), rakan (3.1 peratus) dan Instagram (1.8 peratus).
 
tertunggu jugak..
ada x mana mana yang offer solutions untuk kos sara hidup yang tinggi nie
 
tertunggu jugak..
ada x mana mana yang offer solutions untuk kos sara hidup yang tinggi nie
mcm biasa setiap kali PRU...kesimpulan mudah...
1.Burukkan peribadi lawan
2. Korek semua skandal
3.Ungki balik kesalahan yg ada..even calon picit semua pun kena ungkit
4. Perlekehkan Calon
5. Kalau bagi solutions pun mereka akan kaitkan dgn solution yg dah ada dan perlekehkan...cadangan mereka atas kertas diperbesar besarkan supaya nampak gah

Tu je modal pilihan raya...dan rakyat bertepuk dan bersorak....budaya mengumpat dan memburukkan amat sinonim dgn budakya malaysia....

so tgk lah nasib sapa yg memang....pun kehidupan kita mcm tu...yg beruntung....mereka yg disekitar calon dan parti ...mana boleh sakau..sebat...pusing...guna...tu lah rutinya....mana mana parti pun....ada yg jujur 100%?...mimpi yg pulanglah kata IKLIM...
 
Back
Top
Log in Register