BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton: Tiada model penjenamaan semula

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
KUALA LUMPUR 19 Jun - Pengerusi Proton Holdings Bhd. (Proton), Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa syarikat kereta nasional itu tidak akan mengamalkan kaedah penjenamaan semula (rebagde) kereta asing untuk dipasarkan sebagai model baharu Proton selepas ini.

Bekas Perdana Menteri itu secara berterus-terang tidak menyukai usaha penjenamaan semula beberapa model Proton terdahulu ketika beliau memegang jawatan sebagai Penasihat syarikat automotif nasional itu.

Katanya, ketika untuk menjenamakan semula Proton Inspira, beliau meluahkan rasa tidak suka tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menghentikannya.

"Saya akan tentang usaha (penjenamaan semula) ini. Sewaktu dibuat dahulu (Proton Inspira) saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Selepas ini langkah itu tidak akan dilakukan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada model Proton Inspira yang pernah dikeluarkan Proton, menggunakan rekaan asal Mitsubishi Lancer tiga tahun lalu.

Tambah beliau, pembangunan model baharu menggunakan tiga konsep iaitu pembangunan model baharu bermula dari peringkat awal, pembaharuan reka bentuk ke atas model sedia ada dan penjenamaan semula.

"Tetapi selepas ini tiada lagi penjenamaan semula. Proton akan bangunkan kereta sendiri, tetapi sudah pasti membabitkan kos yang amat tinggi," katanya.

Beliau berkata, kos penghasilan sebuah model baharu membabitkan perbelanjaan lebih RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Proton tegas beliau, akan berusaha menghasilkan kereta yang berkualiti tinggi namun meramalkan harganya tidak serendah model-model Proton sedia ada.

Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, Proton kini berhadapan cabaran besar melalui pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mana kereta termasuk jenama dari Jepun yang menggunakan 40 peratus komponen daripada sumber tempatan sudah boleh digelar kereta nasional.

Hal itu mudah dicapai menurut beliau, kerana komponen seperti tayar, bateri dan penggunaan tenaga buruh sudah cukup untuk mencapai kadar 40 peratus.

mahathir-proton.jpg
 
bagusla tu..

biar aku teka,
takde rebranding tapi banyakkan varian..

varian saga;
-saga flx
-saga sv
-saga blm
-saga r1
-saga r2
-saga r3
-saga tun
-biji saga
 
"Tetapi selepas ini tiada lagi penjenamaan semula. Proton akan bangunkan kereta sendiri, tetapi sudah pasti membabitkan kos yang amat tinggi," katanya.


ckp je hrga proton pasni makin mahal.
 
"Tetapi selepas ini tiada lagi penjenamaan semula. Proton akan bangunkan kereta sendiri, tetapi sudah pasti membabitkan kos yang amat tinggi," katanya.


ckp je hrga proton pasni makin mahal.

memang silapla kalau proton naikkan harga..bagaikan menggali kubur sendiri :))
 
Bab ni aku sokong. Tapi harga jangan mahal la.
 
sikit tahun lg rege proton saing ngn audi je..:eek:

hampeh..:)) tak mustahil kalau kualiti mantop dan banyak teknologi mendahului brand lain..
ni dok follow belakang ja..bila nak maju?
 
hampeh..:)) tak mustahil kalau kualiti mantop dan banyak teknologi mendahului brand lain..
ni dok follow belakang ja..bila nak maju?

keyword dia PROTON...teknologi tggi cmna sklipon...aku tak rasa org akan rmi beli klu rege 100k++...kecuali smua generasi skrg terhapus..crita pengipurlara pasal proton xlg disampaikan,,,mb ms tu budak2 baru akan beli..ni dah byk sgt testimoni xbest...ntahla tun......kesah plak aku:eek:
 
GST tahun depan...itu nak seiring kualiti Proton dengan harga selepas cukai GST...nanti tak ada lah orang nak bising gamaknya..
 
Back
Top
Log in Register