BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton oh proton.........

sri mawar

Active Member
Messages
1,969
Joined
Sep 15, 2007
Messages
1,969
Reaction score
1
Points
25
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mahu Proton Holdings Bhd. (Proton) memperbaiki kelemahannya setelah rundingan dengan Volkswagen AG (Volkswagen) dan General Motors Corporation (GM) berhubung pakatan strategik tidak diteruskan.

Sambil menyambut baik pengumuman Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) itu, para penyokong kerajaan kini mahu melihat Proton meningkatkan kualiti kenderaannya supaya ia menjadi pilihan utama rakyat negara ini.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, beliau gembira apabila Khazanah mengumumkan untuk tidak meneruskan sebarang rundingan dengan Volkswagen dan GM yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Katanya, Proton perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi segala kelemahan yang ada supaya kereta keluaran tempatan menjadi pilihan semua rakyat Malaysia.

‘‘Pengumuman ini sungguh melegakan. Kini sudah tidak ada kerjasama lagi. Kita berharap Proton akan menggunakan teknologi tinggi dalam menghasilkan keretanya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Khazanah mengumumkan tidak akan meneruskan sebarang rundingan dengan Volkswagen GM berhubung pakatan strategik dengan Proton.

Menurut Khazanah, keputusan itu dibuat selepas kerajaan membenarkan Proton beroperasi secara bersendirian berikutan perkembangan positif dalam syarikat kereta nasional itu dari segi jualan domestik dan eksport.

Sementara itu, Razali Ibrahim (BN-Muar) pula berkata, beliau yakin Proton boleh terus maju tanpa sebarang penggabungan dengan mana-mana pihak.

‘‘Saya menyokong pengumuman ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu memelihara industri automotif tempatan. Kini Proton perlu membuat perancangan yang strategik supaya isu penggabungan tidak berulang kembali,” katanya.

Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) berkata, setelah pakatan strategik tidak diteruskan, Proton perlu berjanji bahawa mereka tidak akan mencatat sebarang kerugian selepas ini.

‘‘Ini yang dikatakan semangat ‘Malaysia Boleh’ tetapi pada masa yang sama Proton perlu berjanji tidak akan mencatat kerugian lagi seperti yang ditanggungnya sebelum ini.

‘‘Jika mereka boleh meneruskan tanpa pakatan strategik, itu merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan oleh rakyat negara ini,” katanya.

Any comment???? semalam saham Proton jatuh paling teruk dlm sejarah sejak tahun 2000.
 
dari sumber aku dapat....GM dan VW yg x mau teruskan usaha nie...bukan GOv yg tarik diri....

mungkin ada something wrong.....
 
erm....patutlah cik mwr tak nak pakai pro-tong lagi..:-?
 
rekabentuk tak lawa, kualiti kurang pastu harga mahal... tak berbaloi dengan produk yg dihasilkan tu....
 
semalam aku tengok memang harga sahamnya menjunam dengan teruk sekali....

bila la agaknya harga sahamnya tu akan naik semula?

bab kualiti tu, selalu dah dengar tentang power window rosak la...masuk air la masa car wash.....ishhhhh ~X(
 
semalam aku tengok memang harga sahamnya menjunam dengan teruk sekali....

bila la agaknya harga sahamnya tu akan naik semula?

bab kualiti tu, selalu dah dengar tentang power window rosak la...masuk air la masa car wash.....ishhhhh ~X(

saham jatuh tu standard la...huhuhh
ape lagi, tunggu hint sikit dari proton, boleh beli lot ni
 
rekabentuk tak lawa, kualiti kurang pastu harga mahal... tak berbaloi dengan produk yg dihasilkan tu....

Dah nak scam laa tu kot...:)) :)) :)) :)) :(scam :(scam :D
 
saham jatuh tu standard la...huhuhh
ape lagi, tunggu hint sikit dari proton, boleh beli lot ni

Kalo beli pas ni naik mendadak takpe laa, takut makin jatuh merudum sampai tak cukup "-ve" dia bagi..:)) :)) :)) :)) :))
 
saham jatuh tu standard la...huhuhh
ape lagi, tunggu hint sikit dari proton, boleh beli lot ni

semalam memang terlintas nak beli....tapi, nak tunggu lagik...bagi drop sikit lagik kalau boleh, kemudian baru beli...

sapa yang pro bab saham ni, meh la share sikit pengalaman kornag...boleh la kita pakat2 cari duit melalui pasaran saham ni...terutamanya untuk saham proton sahaja..
 
Back
Top
Log in Register