BTC USD 83,337.4 Gold USD 4,148.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton oh proton.........

Semlm PM kita suh bg peluang kat Proton utk perbaiki kualiti(nampak sgt tak berkualiti)..... :D
jgn cpt sgt kita kondem.... :eek:

Lawak punya statement,kalau tak ckp gitu,nak ckp cam mana lg kan..... :eek: :eek: :eek:
 
Pada pendapat aku, proton dah semakin berdaya maju selepas rombakan besar-besaran dulu. La ni proton dah banyak buat arrangement dengan negara luar untuk export kereta. Contohnya, Iran, China dan Thailand. So pada pendapat aku, ada baiknya proton diberi peluang untuk membaiki silapnya yang lalu dan kembali ke landasan yang betul.

Biarlah apapun orang nak kata, sebagai rakyat Malaysia, aku bangga kita boleh mengeluarkan kereta sendiri.

biasalah kuman kat seberang laut nampak...
Bapak gajah depan mate buat tak tau jeer..
 
biasalah kuman kat seberang laut nampak...
Bapak gajah depan mate buat tak tau jeer..

Yuppp..........kat Iran sebanyak 5k unit Waja kita tlh dijadikan teksi dgn berkaler hijau........ :D

Bangga beb......... :eek:
 
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mahu Proton Holdings Bhd. (Proton) memperbaiki kelemahannya setelah rundingan dengan Volkswagen AG (Volkswagen) dan General Motors Corporation (GM) berhubung pakatan strategik tidak diteruskan.

Sambil menyambut baik pengumuman Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) itu, para penyokong kerajaan kini mahu melihat Proton meningkatkan kualiti kenderaannya supaya ia menjadi pilihan utama rakyat negara ini.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata, beliau gembira apabila Khazanah mengumumkan untuk tidak meneruskan sebarang rundingan dengan Volkswagen dan GM yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Katanya, Proton perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi segala kelemahan yang ada supaya kereta keluaran tempatan menjadi pilihan semua rakyat Malaysia.

‘‘Pengumuman ini sungguh melegakan. Kini sudah tidak ada kerjasama lagi. Kita berharap Proton akan menggunakan teknologi tinggi dalam menghasilkan keretanya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Khazanah mengumumkan tidak akan meneruskan sebarang rundingan dengan Volkswagen GM berhubung pakatan strategik dengan Proton.

Menurut Khazanah, keputusan itu dibuat selepas kerajaan membenarkan Proton beroperasi secara bersendirian berikutan perkembangan positif dalam syarikat kereta nasional itu dari segi jualan domestik dan eksport.

Sementara itu, Razali Ibrahim (BN-Muar) pula berkata, beliau yakin Proton boleh terus maju tanpa sebarang penggabungan dengan mana-mana pihak.

‘‘Saya menyokong pengumuman ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu memelihara industri automotif tempatan. Kini Proton perlu membuat perancangan yang strategik supaya isu penggabungan tidak berulang kembali,” katanya.

Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) berkata, setelah pakatan strategik tidak diteruskan, Proton perlu berjanji bahawa mereka tidak akan mencatat sebarang kerugian selepas ini.

‘‘Ini yang dikatakan semangat ‘Malaysia Boleh’ tetapi pada masa yang sama Proton perlu berjanji tidak akan mencatat kerugian lagi seperti yang ditanggungnya sebelum ini.

‘‘Jika mereka boleh meneruskan tanpa pakatan strategik, itu merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan oleh rakyat negara ini,” katanya.

Any comment???? semalam saham Proton jatuh paling teruk dlm sejarah sejak tahun 2000.

itu lah effect news..kaw kaw jatuh...aku ingt depa ni kurang bijak laa bg kuar news ni..bg la statement tgh bincang lagi ker(walaupon xjadi)cam org politik skit arr. jadi market x panic..yg ruginyer kita jugak..Khazanah tu share terbesar. KWSP plak ada duit dlm Khazanah...duit kita tuuu....

entah ler..just komen aku jer..
 
boleh laah :)

Tu ar,takkan kita nak ckp.....`malunya aku sbg rakyat M'sia.....
:D

Agak2 German malu tak bila tengok keta Merc dia yg thn 60-an masih lg ada kat jln raya M'sia w/pun sbg teksi.... :-?
 
kalo aku org jerman
"Wau Kete Negara aKULAH.... bangga giler
 
Back
Top
Log in Register