Aku pun dulu asyik komen jugak. Komen, kritik, kutuk, tak puas hati dgn kualiti keta2 proton sebelum2 ni. Adik beradik aku semua guna keta proton.
Tapi sejak pengurusan proton ni ditukar sejak dari syed zainal abidin jadi pengarah urusan, proton punya kualiti ditingkatkan sedikit demi sedikit. Ada usaha ke arah nak kurangkan masalah yg selalu timbul.
Sekarang, baru la aku respek kat pengurusan proton yg baru ni walaupun masih ada orang yg tuduh saki-baki konco pengurusan proton yg lama (Geng tengku mahalel) masih mengamalkan rasuah dgn vendor2 proton dgn bekalkan barang & komponen reject tak berkualiti.
Sekurang-kurangnya usaha pengarah urusan proton tu ada. Takde la dia asyik nak angguk-angguk geleng-geleng jer dgn balaci-balaci tengku mahalel yg kaki rasuah tu.
Syed zainal abidin jadi pengarah urusan proton sejak 2005. Sejak dia pegang dia dah ubah rekabentuk savvy & waja, keluarkan satria neo (2006), ubah rekabentuk muka gen.2 (2008) ubah gen.2 kpd persona (2007), keluarkan saga baru (2008) dan sekarang exora (2009). Masalah2 proton yg sebelum ni dikurangkan sikit demi sedikit. Masalah tetap ada selagi balaci tengku mahalel yg kaki rasuah & vendor penipu tak dihalau dari proton.
Apa pun gua tabik dgn usaha dari pengurusan proton yg baru sekarang ni. Ada usaha dan peningkatan kualiti. Tak macam zaman tengku mahalel dulu. Kereta2 proton zaman tengku mahalel jadi pengarah urusan yg paling banyak orang komplen kualitinya. Asyik rosak sana sini.