BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton Exora - peraduan namakan proton mpv

inilah kualiti proton.... tobat aku nak beli keta malaysia...
 
​

tahniah diucapkan kepada norsholihan abd. eanich diatas kemenangan beliau didalam pertandingan namakan proton mpv yang dianjurkan oleh proton. peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dan pemenang dipilih berdasarkan keputusan panel hakim yang terdiri daripada beberapa wakil proton yang terpilih.

nama yang dipilih adalah exora. menurut petikan yang dipetik dari utusan malaysia, pemilihan Exora dibuat berdasarkan nama saintifik Bunga Siantan iaitu Ixora Fistula yang mana bunganya mengembang secara dalam kumpulan.

berbalik kepada peraduan namakan proton mpv yang bermula pada jam 3 petang 8 september 2008 dan berakhir pada 11.59 malam 30 september 2008, mari kita rujuk di namakanprotonmpv dan lihat pada cara menyertai pertandingan syarat no 3.

nah...

tidak diambil daripada mana-mana nama binatang atau tumbuh-tumbuhan


bunga siantan tu sejenis apa hah ??

nak buat mcm mana... kan ke ada lagi syarat umum kat bawah tu....

Syarat-syarat Umum


1. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Syarat-syarat serta keputusan rasmi PROTON.

2. PROTON berhak untuk mengubah, meminda atau menambah Syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
 
agakknya pompan tu anak sedare CEO proton kot
 
ni mesti kes bg kt anak branak je.aku pun ade hantar gak ari tu bg nama MPV IMPIAN, MPV IDAMAN,MPV GEMILANG

camni nama sedap gak..mcm Juara, Persona, Waja..
skali Ixora plak..buruk giler..

Proton Kubra pon bole gak..
Kubra kan besar dlm bahasa arab..
 
Betul tu tokmat, penat aku perah otak cari idea nak namakan proton MPV ni, last2 jd mcm niii.... :((

Tp x apa, dah rezeki pemenang tu, itu janji Allah....betul tak? :D

Korang tau aku letak nama Proton tu dgn nama apa? Ni dia aku taruk nama dia

1. Proton AURA
2. Proton PRO3

Ni nama komersial niii.... :eek: :eek:

ni pon sedap gak..
Proton X3 laa..
sbb saiz besar..
 
inilah kualiti proton.... tobat aku nak beli keta malaysia...

itu la proton...bila sales drop salahkan rakyat seniri tak patriotik.....aku dah 3 model proton dah lalui pengalaman menghampehkan.....kualiti mmg hampeh....
........depa ingat org beli keta proton guna daun nipah ka.......
mcm nilah proton tunjuk contoh tak bijak dlm mengurus sesuatu yg public judge image diaorg....sori la.....sok ni kalau dibuat pasaran bebas...siap la ko proton.....jangan time tu meraih simpati dr rakyat mesia.....proton buat masa la ni bernasib baik sb duti keta impot di naikkan...kalau tak...lu pikey la seniri....kalau proton sayang kan rakyat sendiri,....dah lama dia tekan kan kepada vendor diaorg utamakan kualiti...bukan main tangkap muat
 
Back
Top
Log in Register