hampeh btol..dlm bab "Cara Menyertai Pertandingan" die tulih;
1. Pertandingan ini boleh disertai melalui dua (2) cara :-
(a) dengan melayari laman web
http://www.proton.com dan mengikut seperti yang disenaraikan di laman web promosi; dan/ atau
(b) melalui SMS dengan menaip P <RUANG> Nombor KP <KOMA> Nama Kereta <KOMA> Rasional <KOMA> Slogan dan hantarkan ke 36677. Penyertaan menerusi SMS akan dicaj RM0.80 bagi setiap SMS yang dihantar. Caj biasa oleh pembekal perkhidmatan sebanyak RM0.15 bagi setiap SMS juga akan dikenakan.
2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyertaan melalui SMS, sila hubungi talian bantuan kami di nombor 03-20803366 (9 pg. - 5 ptg., Isnin - Jumaat, kecuali pada hari cuti umum). Semua ruang dalam borang penyertaan mesti dilengkapkan dengan maklumat peserta seperti Nombor KP, nama MPV yang dicadangkan, rasional serta slogan. Penyertaan melalui SMS tidak boleh melebihi 160 huruf termasuk ruang, manakala penyertaan melalui laman web tidak boleh melebihi 145 huruf termasuk ruang. Jika tidak, penyertaan akan ditolak secara automatik.
3. Penyertaan hendaklah sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dan mestilah:-
- Tidak diambil daripada mana-mana nama binatang atau tumbuh-tumbuhan;
- Tidak mengandungi bahasa kasar atau kesat atau membawa konotasi tidak baik, seperti "*****";
- Boleh diterima secara komersial, contohnya "Proton Waja";
- Mudah disebut, contohnya, "Proton Waja";
- Mudah difahami dan dikenali oleh rakyat Malaysia;
- Tidak digunakan oleh mana-mana Pembuat Peralatan Tulen dalam bidang Pengangkutan (OEM), sama ada tempatan atau luar negara, pada tarikh 08/09/2008;
- Mempunyai maksimum tiga [3] suku kata sahaja. Contohnya, "Proton Persona". Nama-nama yang dihantar yang melebihi tiga [3] suku kata akan ditolak secara automatik. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan melalui laman web atau SMS, TETAPI setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
ni apa da sndri wt undng2 tapi sndri lnggar ...
