Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Protokol Eksport Durian Ke China Diperkukuh, Jamin Pematuhan Standard Antarabangsa
Jabatan Pertanian (DOA) akan terus memperkukuh protokol eksport durian ke China bagi menjamin pematuhan standard antarabangsa serta keperluan perundangan yang dipersetujui antara Malaysia dengan China.
Dalam kenyataan hari ini, DOA memaklumkan pihaknya mengambil maklum tentang isu berkaitan pengeksportan durian segar Malaysia ke China melalui laluan darat dan sentiasa komited memastikan semua aktiviti eksport hasil pertanian negara mematuhi protokol serta keperluan perundangan yang dipersetujui antara kedua-dua negara.
Protokol eksport durian segar yang sedang berkuat kuasa antara Malaysia dengan China pada masa ini ialah berdasarkan laluan eksport yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
“DOA telah menerima maklum balas daripada pihak General Administration of Customs of the People's Republic of China (GACC) bahawa pengeksportan durian segar Malaysia ke China melalui laluan darat yang melibatkan negara transit tidak termasuk dalam skop protokol sedia ada yang telah dipersetujui.
“Berdasarkan maklum balas tersebut, DOA tidak pernah membenarkan penggunaan laluan darat bagi pengeksportan durian segar ke China buat masa ini sehingga protokol baharu atau pindaan kepada protokol sedia ada dimuktamadkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” menurut kenyataan itu.
Bagi memastikan kelancaran perdagangan serta memelihara akses pasaran eksport negara, DOA akan mengadakan rundingan lanjut bersama pihak GACC berhubung cadangan pelaksanaan eksport durian segar melalui laluan darat.
“Rundingan ini penting bagi memastikan aspek kebolehkesanan, keselamatan biosekuriti, pematuhan fitosanitasi dan integriti rantaian bekalan dapat dipatuhi sepanjang proses penghantaran merentasi beberapa negara,” menurut kenyataan itu.
DOA akan melaksanakan sesi libat urus bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di Bangkok bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan keperluan logistik, perjanjian rentas sempadan, prosedur transit serta aspek kawal selia yang perlu dipatuhi sekiranya pengeksportan melalui laluan darat dilaksanakan pada masa hadapan.
“DOA juga mengambil maklum akan minat pihak industri terhadap pembangunan produk durian bernilai tambah termasuk durian segar potong bagi pasaran eksport.
Loading…
www.bernama.com