salmiah_salim
Fun Poster
- Messages
- 603
- Joined
- Sep 17, 2008
- Messages
- 603
- Reaction score
- 127
- Points
- 23
Kepada semua member-member CG, saya nak berkongsi tip-tip yang saya rasakan sgt penting untuk para penjual dan juga pembeli hartanah/rumah. Namun begitu tip-tip yang bakal saya berikan ini merupakan tip-tip asas. Untuk pengetahuan semua, tip-tip ini mungkin berubah mengikut situasi kes2yang berlainan. oleh itu saya mengalu-alukan perbincangan yang mantap dari semua.
Berikut merupakan beberapa tip-tip penting untuk Pembeli sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah/hartanah:-
1. Sila pastikan bahawa Penjual rumah merupakan pemilik berdaftar (ada geran) / pemilik benifisial (x geran)kepada hartanah/rumah yang hendak di beli tu. Saya ingat mengingatkan kepada semua pembeli jgn sekali2 memberikan bayaran deposit sebelum mengetahui status pemilikan atau ketuanpunyaan hartanah/rumah tersebut terlebih dahulu.
2. Bila pembeli sudah betul2 yakin nak beli hartanah/rumah tersebut, saya nasihatkan pembeli untuk bertanya kepada bank2 ataupun konsultan2 pinjaman perumahan tantang kelayakan. maksudnyer sama ada pembeli layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman perumahan untuk membeli rumah/hartanah dengan harga yg di tawarkan.
3. selepas memastikan pemilikan hartanah/rumah dan kelayakan pinjaman perumahan, barulah pembeli di nasihatkan memberikan earnest deposit (biasanyer 2%-3% daripada harga belian). Sila pastikan booking resit/surat confirmation to purchase diberikan oleh Penjual/Agen Hartanah yang menjadi wakil penjual. booking resit/surat confirmation to purchase adalah salah satu dokumen yang penting untuk tujuan permohonan pinjaman perumahan.
4. Pembeli kemudiannya di galakkan untuk mencari peguam untuk menguruskan perjanjian jual beli serta mendapatkan nasihat undang-undang untuk proses yang seterusnyer. Pembeli di nasihatkan hanya membayar baki deposit pada hari perjanjian jual beli di tandatangani.
Tip-Tip untuk penjual akan saya post kan dalam masa terdekat. skang ni saya sambung keje dulu k....
Harap tip-tip ni membantu sedikit sebanyak member-member CG....