BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prosidur jual beli hartanah/rumah

salam pn salmiah. sy ada persoalan ttg jual beli rumah ni, sy bminat dengan satu unit townhouse di shah alam dan sedang berurusan dgn agent. Cuma sekarang rase agak fishy dgn agent tersebut takut kena tipu. soalan saya:

1. kebiasaannya berapa lama tempoh utk urusan jual beli krn agent tsbut bgtau biasanya makan mase setahun.utk makluman sy ingin membuat loan gov.

2. strata title telah dikeluarkan kpd pemaju ttp belum dipindahmilik kpd nama owner pertama. Adakah pindah milik ini perlu dilakukan sblm owner pertama itu boleh mjual rumah itu kpd saya? atau pemaju boleh terus buat tukar milik atas nama saya.

3. boleh atau tidak jika saya ingin duduki rumah tersebut selepas mbyar deposit 10%?

4.apakah soalan2 yg perlu sy kemukakan kpd lawyer dan agent sbelum sy sign snp, mksud sy apa yg perlu/wajib sy tahu sebelum mmbyar deposit dn sign snp?

harap pn dapat mnjawab persoalan sy ni, penin pk psl beli rumah ni..takut kena tipu huhu
 
salam,

salam pn salmiah. sy ada persoalan ttg jual beli rumah ni, sy bminat dengan satu unit townhouse di shah alam dan sedang berurusan dgn agent. Cuma sekarang rase agak fishy dgn agent tersebut takut kena tipu. soalan saya:

Kalau pembelian di buat melalui Agent yang berdaftar, InsyaAllah dia takkan tipu. Cuma mungkin saya tak faham dan terkeliru dgn penerangan agent tersebut or mungkin jugak agent tu org baru dia pun aware sgt sgt dgn situasi dan procedure penjualan rumah.

1. kebiasaannya berapa lama tempoh utk urusan jual beli krn agent tsbut bgtau biasanya makan mase setahun.utk makluman sy ingin membuat loan gov.

Tempoh umum sesuatu urusan jual beli rumah adalah 3 bulan + 1 bulan. Tapi bila masa tempoh itu akan bermula, sebenarnya bergantung kepada status gran rumah yang saudara nak beli. Untuk maklumat lanjut tentang tempoh masa, saya jemput saudara lawat BLOG saya www.salsalim.blogspot.com kerana saya ada terangkan serba sedikit exactly tentang tajuk ini dalam blog tersebut.

2. strata title telah dikeluarkan kpd pemaju ttp belum dipindahmilik kpd nama owner pertama. Adakah pindah milik ini perlu dilakukan sblm owner pertama itu boleh mjual rumah itu kpd saya? atau pemaju boleh terus buat tukar milik atas nama saya.

Tentang perkara ini, sekali lagi bergantung kepada status geran rumah yg saudara nak beli. sama ada freehold/leasehold. sekiranya, leasehold selalunya pemaju memang tidak akan membenarkan direct transfer daripada pemaju dan terus kepada pembeli baru.

Disebabkan situasi ini, baru lah saya faham, mengapa agent tersebut mengatakan urusan pindahmilik boleh mengambil masa lebih kurang setahun. Namun begitu saya percaya, walaupun pemaju tidak membenarkan direct transfer, masa yg di ambil kemungkinan besar kurang daripada setahun.



3. boleh atau tidak jika saya ingin duduki rumah tersebut selepas mbyar deposit 10%?

Tentang persoalan ini, jawapan nya hanya pada owner rumah tersebut. Sekiranya dia mengizinkan, maka saudara boleh tinggal di rumah tersebut selepas pembayaran 10% deposit di buat. Sepanjang pengalaman saya, ada owner yg baik hati maka bertuahlah pembeli tersebut. Tetapi mengikut prosedur sebenar, Pembeli tidak boleh memasuki rumah tersebut selagi proses belum selesai.

4.apakah soalan2 yg perlu sy kemukakan kpd lawyer dan agent sbelum sy sign snp, mksud sy apa yg perlu/wajib sy tahu sebelum mmbyar deposit dn sign snp?

Nasihat saya, saudara perlu pastikan owner rumah tersebut. saudara bayar lah earnest deposit terlebih dahulu, 2%/3% deposit dari harga belian. kemudian, pastikan saudara diarahkan untuk menandatangani surat confirmation to purchase. dan pastikan juga agent merupakan agent berdaftar.

hmmmm soalan kepada lawyer?? saya lawyer jugak, hehehe agak lucu pulak. anda perlu tanya pasal fee. and then tanyalah tentang tempoh masa. selebihnya lawyer akan uruskan. lawyer akan terangkan isi kandungan snp semasa proses signing dijalankan.


harap pn dapat mnjawab persoalan sy ni, penin pk psl beli rumah ni..takut kena tipu huhu.

Saya ada byk letakkan tips dalam thread ni dan thread lain yg saya buka. luangkan masa untuk baca. InsyaAllah mmaklumat tersebut mungkin membantu. Selain daripada itu, lawati lah Blog saya untuk sedikit sebanyak maklumat tentang Hartanah.

My 2 cents. :D
 
salam kak..urusan jual beli tanah akak ada pengalaman jugak tak?maksud sy dari segi pemilikan,geran,pecah lot,urusan pejabat tanah,JUPEM dan sebagainya.Kalau boleh saya amat berminat belajar dengan akak.TQ
 
Assalamualaikum..tumpang lalu..
Saya ada persoalan skit..saya dlm proses nk beli sebuah rumah teres direct dgn owner..mmmm apa prosedur ataupun step2 yg saya kena lakukan yer..klu bleh bagitau la semua bayaran2 yg saya kena byr mcm guaman dll..utk makluman tt sya nk buat government loan..harga rumah tu RM150k..leasthold..tq ye tt..
 
Assalamualaikum..tumpang lalu..
Saya ada persoalan nk tanya tt ni..saya dlm proses nk beli rumah teres direct dgn owner..bleh tk tt terangkan prosedur2 atau step2 saya kena buat..klu bleh bgtau la anggaran bayaran2 yg sya kena byr mcm guaman dsbnya..utk makluman tt sya nk buat government loan..harga rumah RM150k..leasthold..harap bantuan tt..tq ye tt..
 
Assalamualaikum..tumpang lalu..
Saya ada persoalan skit..saya dlm proses nk beli sebuah rumah teres direct dgn owner..mmmm apa prosedur ataupun step2 yg saya kena lakukan yer..klu bleh bagitau la semua bayaran2 yg saya kena byr mcm guaman dll..utk makluman tt sya nk buat government loan..harga rumah tu RM150k..leasthold..tq ye tt..

Proses mudah saja, basically bayar booking dulu. pas tu owner mesti akan bagi dokumen untuk purpose buat SNP. Masa sign SNP, barulah bagi baki deposit. Saya sellau jugak uruskan government loan ni. ada beberapa step yg agak berbeza jika di bandingkan dgn prosess application loan dgn bank, lebih2 lagi tanah tu tanah pajakan.
 
Untuk pengetahuan semua, baru-baru ni Kemeterian Perumahan ada umumkan bahawa, bermula pada tahun hadapan, untuk rumah flat, apartment dan yang sewaktu dengannya, geran strata akan diberikan kepada owner at the same time when the vacant possession deliver to the owner (semasa pembahagian kunci). Rasa nya ini berita gembira untuk semua.
 
Back
Top
Log in Register