BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proses Penyerahan Pelabuhan Bintulu Pada Peringkat Dokumentasi Akhir - Loke

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
2b1edb8e3138acd7ffb5575cc7ec6b7a69fec9f487270

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

Proses penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas semua isu utama dimuktamadkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata satu mesyuarat terakhir bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan diadakan dalam masa terdekat bagi memuktamadkan perkara berkenaan.

“Sekarang ini tengah dimuktamadkan perjanjian akhir, kerana isu perundangan dan isu harga telah selesai.

“Seperti saya umumkan sebelum ini, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sudah mencapai kata sepakat mengenai kos akhir bagi penyerahan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Laluan Baharu Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuching, di sini hari ini.

Loke berkata draf perjanjian akhir juga telah disiapkan dan kini menunggu pengesahan daripada Jemaah Menteri sebelum penyerahan rasmi dilaksanakan, selain menjelaskan proses itu mengambil masa memandangkan akta berkaitan pembubaran Lembaga Pelabuhan Bintulu telah diluluskan kira-kira dua tahun lepas.

Beliau berkata penguatkuasaan pembubaran lembaga itu serta penyerahan rasmi kepada kerajaan Sarawak masih tertakluk kepada pemeteraian perjanjian akhir berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak secara prinsipnya  bersetuju nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, yang diumumkan pada persidangan Dewan Rakyat Februari lepas.

Sementara itu, Loke berkata Kementerian Ekonomi telah meluluskan projek menaik taraf bangunan Lapangan Terbang Miri melibatkan kos sebanyak RM445 juta di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Tahun 2026 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada bulan lepas.

Beliau berkata projek menaik taraf bangunan itu dijangka bermula tahun ini selepas kelulusan kos dibuat berdasarkan semakan Sesi Pemurnian Makmal Kajian Nilai (Value Assessment), yang diadakan pada 17 Mac lepas.

 
Back
Top
Log in Register