ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Irmohizam (tengah) ketika meninjau gerai pameran yang dibuka di SMK Saujana Utama.
PASIR PENAMBANG - Kompleks Pendaratan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kini dalam peringkat terakhir sebelum memperoleh sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim menjelaskan, pihaknya difahamkan konsultan yang dilantik dalam proses memenuhi syarat terakhir iaitu pemasangan pili bomba.
Menurutnya, pemasangan pili bomba di kawasan kompleks ini amat penting dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari.
"Bagaimanapun saya yakin dan percaya syarat akhir itu dapat dipenuhi, sekali gus menamatkan penantian untuk memperoleh CCC memandangkan proses untuk mendapatkan 'lampu hijau' cukup lama.
"Sudah tentunya nelayan tidak sabar untuk menggunakan bangunan ini untuk kemudahan mendaratkan ikan selain menjadi pejabat LKIM," katanya selepas menghadiri sebuah program di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama.
Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kerjasama dengan PBT cukup baik untuk membantu memudahcarakan prosedur permohonan kelulusan CCC bagi memastikan kompleks itu dapat beroperasi seperti yang diharapkan.
"Saya juga tidak sabar untuk melihat kompleks ini dimanfaatkan sebaik mungkin memandangkan ada perancangan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Selangor yang mahu mewujudkan kilang pembuatan bebola ikan dan ais.
"Sudah menjadi harapan saya untuk melihat bangunan kompleks ini digunakan dengan sebaik mungkin selain jaminan keselamatan selepas adanya CCC ini," katanya.
Sebelum ini, status projek yang bernilai RM22.5 juta itu diragui kerana masih diguna pakai meskipun belum mempunyai CCC gara-gara gagal memenuhi prosedur yang ditetapkan PBT.
Projek yang dipertikaikan segelintir pihak kerana didakwa tidak mengikuti prosedur dan undang-undang sedia ada termasuk mengabaikan teguran pada pelan perancangan dan bangunan.
Kekuatan struktur binaan bangunan terbabit juga dikhuatiri akan membahayakan pengguna kerana difahamkan, meskipun teguran pelan masih tidak dipatuhi dan seolah-olah melanggar akta sedia ada.