kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
BERNAMA TV | Astro 502, unifi TV 631, MyTV 121
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) dilihat sebagai mekanisme lebih berkesan dalam mengangkat suara golongan muda terus ke peringkat tertinggi dalam proses penggubalan dasar negara.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata jawatankuasa berkenaan bukan sahaja mengiktiraf peranan belia, malah membuka ruang kepada kerajaan mendapatkan pandangan serta dapatan terus daripada golongan berkenaan.
Beliau berkata platform sedia ada seperti Majlis Perundingan Belia Negara turut memainkan peranan penting sebagai medan menghimpunkan pelbagai pemegang taruh, termasuk pertubuhan belia dan wakil negeri, bagi membincangkan serta mengangkat cadangan anak muda.
“Segala usul dan kertas cadangan yang dibentangkan oleh belia boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memberi ruang kepada suara akar umbi dipertimbangkan dalam dasar kerajaan,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Penyertaan Belia: Tiga Fokus, Apa Gamaknya?” malam ini.
Program itu turut mengundang Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Islam, Bahasa dan Umum, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) Dr Mohd Fauzi Fadzil.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Mesyuarat JKPB meluluskan tiga kertas pertimbangan yang memberi fokus kepada penyertaan belia dalam demokrasi dan literasi politik, pemerkasaan belia sebagai ejen perubahan serta pengukuhan data.
Antaranya termasuk pelaksanaan Program Kuasa Orang Muda (KOM), Program Generasi Sejahtera Malaysia (MyGENTERA) serta pembangunan profil belia Tidak dalam Pekerjaan, Pendidikan atau Latihan (NEET) bagi memperkukuh ekosistem pembangunan belia negara.
Mengulas Program Kuasa Orang Muda (KOM), Ahmad Fahmi berkata usaha meningkatkan literasi politik tidak seharusnya terhad kepada musim pilihan raya semata-mata, sebaliknya perlu dilaksanakan secara berterusan bagi melahirkan generasi celik politik dan peka terhadap isu semasa.
Beliau berkata pendidikan demokrasi perlu bermula sejak peringkat awal termasuk di sekolah, bagi membentuk kefahaman tentang proses membuat keputusan serta tanggungjawab sebagai warganegara.
JKPB Perkukuh Suara Belia Ke Peringkat Tertinggi
JKPB, belia, mesyuarat, ABIM, golongan muda, Ahma