salam otai2 CG,
saya nak tanya pasal terminate loan ASB. semalam saya dah terminate loan ASB saya, loan conventional katanya, bukan islamic. Saya was-was dgn org maybank yang handle case terminate saya tu. mula katanya akan ada penalti charges sebab loan bawah conventional. saya jawap orang kata kalau dah lepas period 2 tahun dah takde penalti, dia pun iyakan kata saya.
kemudian dia suruh saya isi borang. lepas isi, dia cakap proses akan ambik masa dalam 2 bulan, iaitu 6-8 minggu, baru maybank akan bagi balik bakin loan tu. dia siap kira, anggaran dapat balik dalam 5.2K. utk insurans pula akan dapat selepas itu, dalam seminggu dua. dan dalam tempoh 2 bulan tu, saya still kena bayar monthly installment tu.
betul ke cara tu? saya rasa macam dipaksa bayar pulak utk 2 bulan terakhir tu.
Jumlah loan : RM25K untuk 10 tahun
Maybank life assurance : RM319
Tarikh mula : 1/12/2010
Tarikh terminate : 3/01/2014
Mohon khidmat nasihat otai2 semua. kalau jumlah bayar balik tu memang dah termasuk installment tambahan 2 bulan tu, saya redha je la. kalau boleh nak elakkan.