kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,696
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,696
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah ketika Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.
Projek pembangunan Penang International Logistics Aeropark (PILA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah dilaksanakan bermula suku pertama tahun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata PILA adalah projek menaik taraf dan meningkatkan kapasiti terminal kargo baharu secara berfasa bertujuan menambah baik perkhidmatan sektor kargo udara.
“Fasa 1 menyasarkan pertambahan kapasiti pengendalian kargo daripada 0.16 juta tan metrik kepada 0.5 juta tan metrik setahun melalui pembangunan baharu terminal kargo, pembinaan taxiway dan dua parking apron,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding mengenai langkah proaktif kementerian untuk mempersiapkan infrastruktur penerbangan dan pelabuhan nasional negara ke arah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab logistik kargo udara dan maritim serantau.
Hasbi berkata selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran serantau menerusi Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, Kementerian Pengangkutan turut mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi merangka strategi pemerkasaan industri itu.
Beliau berkata pelan reformasi berperingkat terhadap ekosistem kargo udara bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dirangka bagi menambah baik dasar, prosedur serta pendigitalan proses operasi.
"Usahasama ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan telah bermula sejak suku keempat 2025,” katanya.
Bagi sektor maritim, Hasbi berkata pihak berkuasa pelabuhan antaranya Suruhanjaya Pelabuhan Persekutuan memberikan komitmen untuk mencari ruang dan menyokong inisiatif pembesaran pelabuhan.
Katanya antara projek pembesaran sedang berlangsung dan dalam perancangan adalah pembangunan Fasa 1 New Deep Water Terminal oleh Lembaga Pelabuhan Kuantan pada 2018 manakala Fasa 2 masih dalam perancangan.
Projek PILA Mula Dilaksanakan Suku Pertama Tahun Ini
Hasbi Habibollah, kargo, pengangkutan, pelabuhan