BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek MRT Line 2 Bermula November 2015.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) merancang untuk memulakan pembinaan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT Line 2) bermula November tahun hadapan.

MRT Line 2 akan menghubungkan Sungai Buloh ke Putrajaya menerusi Serdang menggunakan laluan kereta api bawah tanah dan laluan tergantung.

"Perkara ini masih lagi di peringkat cadangan kerana pertama sekali kita perlu memaklumkan ia kepada orang ramai, mendapat maklum balas dan selepas itu mendapat kelulusan daripada kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian semasa taklimat mengenai perkembangan projek laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT Line 1).

Semasa sesi ini, beliau mendedahkan jajaran yang dicadangkan untuk MRT Line 2 akan mempunyai sebanyak 40 stesen dengan 31 laluan tergantung dan sembilan dibawah tanah.

Landasan sepanjang 59.5 kilometer itu akan bermula dari Kepong ke Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Kampung Baru, KLCC Timur, Padan Jaya, Pandan Mewah, Plaza Phoenix kemudian menghala ke Mines, Serdang dan Putrajaya Sentral.

Sepanjang laluan itu, MRT Line 2 juga akan dihubungkan dengan dua stesen MRT Line 1 iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Taman Connaught (Plaza Phoenix).

Turut akan disediakan depot kecil di stesen Serdang.

Jumlah jarak laluan tergantung adalah sepanjang 49.3 km manakala laluan bawah tanah, 10.2 km.

"Kita masih dalam proses melengkapkan laluan ini dan sesi paparan awam dijadualkan pada Mac 2015," katanya.

Azhar berkata, kelulusan penjajaran terakhir akan dimuktamadkan pada Ogos tahun hadapan dengan panggilan tender untuk kontrak bawah tanah dilakukan pada September.

Pada Ogos, proses tender untuk kontrak laluan tergantung akan dipanggil dan syarikat yang mendapat projek tersebut diumumkan pada November 2015 untuk kerja-kerja pembinaan.

"Kami mahu kerja dilakukan serentak dan secepat mungkin supaya kami boleh menyediakan sistem pengangkutan awam terbaik kepada penduduk di Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, semua kerja tersebut adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperbaiki dan mengintegrasikan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Pada masa sama, beliau turut menjelaskan mengenai perkembangan MRT Line 1 yang kini sedang berjalan mengikut jadual.

Katanya, sehingga Oktober lalu, MRT Line 1 sudah 55.21 peratus siap.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/03/mrt-line-2/

Laluan cadangan MRT Line 2.


2726af97a0c842a09b6172bbfc173a92.ashx
 
stesen komuter kat serdang tu pon tak siap2 lagi.... macam terbengkalai je aku tgk...
 
byk sgt jenis keretapi

lrt...komuter...monorail

mrt nie camne pulak

pernah cuba monorail gayat rasa

time dia corner tuh seram sgt
 
byk sgt jenis keretapi

lrt...komuter...monorail

mrt nie camne pulak

pernah cuba monorail gayat rasa

time dia corner tuh seram sgt

MRT guna standard gauge dan berkapasiti tinggi berbanding LRT. LRT ni medium size berbanding MRT. Kalau biasa tengok/naik MRT di Singapura, ianya sama dari segi saiz dan fungsi. High capacity mobility. Problem dia, corner kena luas lagi berbanding LRT/Monorel.

MRT baru ni tren dia direka oleh BMW Designworks USA (anak syarikat BMW). Cantik.

MRT-Train.jpg
 
haha..tunggguuuu...consultant dah dilantik....
 
MRT guna standard gauge dan berkapasiti tinggi berbanding LRT. LRT ni medium size berbanding MRT. Kalau biasa tengok/naik MRT di Singapura, ianya sama dari segi saiz dan fungsi. High capacity mobility. Problem dia, corner kena luas lagi berbanding LRT/Monorel.

MRT baru ni tren dia direka oleh BMW Designworks USA (anak syarikat BMW). Cantik.

MRT-Train.jpg

owh kira lg canggih laa..hebat design dr bmw bukan calang2

saya selaku warganegara mesti akan cuba

nie penanda aras malaysia maju mcm2 facility public transport moden disediakan
 
harap ketapinya panjang skit..leh masuk ramai..kene asingkan warga asing
 
Mcm best jer line 2 ni..boleh tros gi putrajaya..
 
Back
Top
Log in Register