BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program UNESCO mungkin tidak tercapai

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
mh_02.1.jpg

MUHYIDDIN Yassin ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-187 di Paris, semalam. – BERNAMA

PARIS 27 Sept. – Satu daripada cabaran besar dihadapi oleh dunia khususnya menerusi keanggotaan dalam Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ialah sasaran Education For All (EFA) atau ‘Pendidikan Untuk Semua’ yang ditetapkan 2015.

Bagaimanapun menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengikut unjurannya, kemungkinan besar ia tidak akan tercapai.

Dalam pertemuan ringkas Muhyiddin dengan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova pada Majlis Resepsi anjuran Malaysia semalam, Irina menyatakan dengan situasi dunia menghadapi banyak masalah seperti krisis kewangan, peperangan dan sebagainya, banyak negara mungkin tidak dapat mencapai sasaran EFA 2015 itu.

Merujuk ketidakcapaian program UNESCO itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk mencapai sasaran tersebut kerana kerajaan memperuntukkan 26 peratus belanjawan untuk bidang pelajaran setiap tahun.

“Syukur kita tidak hadapi masalah seperti negara membangun lain yang berdepan isu kepakaran, masalah kemiskinan dan sebagainya. Jadi ia tidak menghalang kita untuk mencapai sasaran UNESCO itu,’’ katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika berucap di Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-187 hari ini, Muhyiddin menggesa negara-negara anggota UNESCO memperkukuhkan hubungan kalangan serantau, dengan wilayah lain dan global untuk mendukung program EFA.

Beliau berkata, perkara ini penting dibincangkan di antara agensi kebangsaan negara-negara anggota supaya perkongsian sumber, keberkesanan kos, pembinaan kapasiti dan ilmu pengetahuan dapat dimaksimumkan.

Untuk tujuan tersebut, kata Muhyiddin, cadangan wakil serantau dalam membentuk semula pencapaian EFA global pada akhir 2011 ini mesti diperkukuhkan untuk memastikan kepemimpinan serantau mempunyai kemampuan untuk menggerakkan semua inisiatif EFA pada peringkat wilayah dan melaporkannya ke peringkat global.

Ini kata beliau, tidak terkecuali melibatkan penyertaan negara kecil serta bermasalah yang biasanya berkemungkinan gagal dan memerlukan sokongan untuk mencapai matlamat EFA.

“Menjelang 2015, kita berhadapan kenyataan bahawa beberapa negara tidak akan mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini kerana kita semua maklum perbezaan kemampuan dan keadaan yang kian meluas.

“Malaysia bersetuju dengan UNESCO dan negara lain bahawa bagi negara tersebut, kita perlu berusaha keras memulakan kerja untuk program EFA menjelang 2015.

‘‘Namun, kita juga perlu mengetahui cabaran sebenar yang mereka hadapi dalam membantu keadaan mereka,” kata Muhyiddin yang menyampaikan ucapan dasar pada sesi Debat Pleno Lembaga Eksekutif UNESCO.

Menurut beliau, Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menumpukan pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberkesanan Utama Negara (NKRA) telah memberi manfaat.

Muhyiddin berkata, ini dapat dilihat pencapaian murid sekolah rendah dalam kadar membaca dan mengira yang mencapai sasaran 95 peratus.

Di samping menumpukan pencapaian pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Malaysia juga berterusan meningkatkan motivasi guru dan pengurusan sekolah.

Baru-baru ini kata Muhyiddin, Malaysia menyerahkan lebih RM26 juta kepada pengetua dan kakitangan sekolah berprestasi tinggi di bawah program dasar baru Kementerian Pelajaran.

Dalam menggabungkan konsep Pembangunan Berterusan Pendidikan (ESD) UNESCO, Muhyiddin berkata, masa depannya bukan hanya bergantung kepada menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan tetapi juga kemahiran untuk peralihan dari alam sekolah ke dunia pekerjaan.

Malaysia kini dalam proses menyemak dan mengkaji semula dasar pelajaran, oleh itu Muhyiddin meminta UNESCO memastikan pembaharuan kurikulum dan pedagogi bersama nilai moral dan etika bukan hanya dilaksanakan tetapi mengekalkan budaya keamanan dalam fikiran remaja.

Dalam ucapan terakhir Malaysia sebagai anggota Lembaga Eksekutif, Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah UNESCO kerana sokongan berterusan kepada Malaysia.

Dan Malaysia kata Muhyiddin, akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk memperkukuhkan keberkesanan badan dunia itu.

Penggal perkhidmatan empat tahun Malaysia akan berakhir pada Persidangan Agung UNESCO bulan hadapan.

Malaysia berharap salah satu kerusi Lembaga Eksekutif akan diisi oleh anggota ASEAN. Indonesia dan Thailand adalah negara yang menawarkan diri untuk dicalonkan merebut kerusi tersebut.
 
kena kasi capai jgk....cene pon gua mahu tercapai...huhu
 
Back
Top
Log in Register