Lain kali kalau nak sertai program macam ni, kena tengok beberapa perkara;
i) Undang-undang berkaitan, kalau dalam grey area iaitu salah@tidak memerlukan keputusan mahkamah maka dah kira berisiko tinggi
ii) Ada tak promosi kat mana-mana forum/blog internet yang mana terdapat wakil tak bertauliah syarikat membuat promosi utk kepentingan peribadi dan seterusnya wujud segolongan pembangkang program ni yang akan cuba menjadi hero rakyat. Jika ada, maka jangan sertai. Risiko terlalu tinggi.
iii) Program masih baru dan belum dikenali tapi mempunyai potensi pulangan modal lebih awal melalui sistem yg telah diperbaharui.
Bertuah lar kalau jumpa program macam ni kerna ia berisiko rendah dan masih selamat.
Bagi saya, apa saja jenis pelaburan yang hendak disertai mestilah diperhalusi risikonya. Kalau ia berisiko tinggi, jgn gunakan semua modal yang ada, maximum 5% saja. Perkara ini lar yg patut orang melayu tahu dan amalkan apabila membuat sesuatu pelaburan.