BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Taawon - programtaawon.com

Betul ke dah tutup program ni?:-?

Kalau betul. alhamdulillahla. kurang sikit mangsa.

Disini aku ingin memohon maaf kepada pserta2 taawon terutamanya Coach, bijak wang, Kandis dan innova yang kadang2 bahasa aku ni terkasar. aku akui tu. Tapi prinsip aku tetap sama yang program ni hanya menjatuhkan orang sebangsa dan seagama aku je. 10 jari aku susun mohon kemaafan korang semua.:(

Daripada kita semua mengarut dan ketawakan mereka, apa kata kalau kita tolong mereka dapatkan balik duit dengan bagi idea2 yang bernas. Janganlah dikutuk lagi. Makin tambah sakit hati je.

1) Mana2 pakar IT, xde siapa yang boleh tolong diaorang ni retrieve balik info2dari server/sistem taawon tu?Tujuan aku ialah untuk mendapatkan info upline yang ada. Kalau xsilap mesti ada maklumat mereka kan, macam nama penuh, ic no., alamat? Tujuannya ialah untuk mendapaykan balik wang kalian. Kalau diaorang xnak, korang boleh dakwa mereka sebab acting as an agent of the company.

2) Cari peguam yang bagus, dan dakwa pengasasnya. Usahakan dan bawa berbincang dengan peguam tersebut untuk hanya mengambil certain % out of amount recover as fee, once recovered. Macam2 pendakwaan boleh dibuat keatas pengasas. Kalau xsilap aku, akta wang kutu ada sebut, yang duit tu xboleh direcover balik. tapi kalau ceritanya dibuat sebagai skim pelaburan haram, MUNGKIN boleh dapat balik. Kita ambik swiss cash je lah sebagai contoh.

any other good ideas?:">

Rasanya tak payahlah nak panjang-panjangkan....:">
'Kan semua join dgn ikhlas & tanpa paksaan'..:)
'Semua ikhlas menyumbang..so, tak aderlah persoalan nak dapatkan balik modal'.:):">
 
Nak buat macam mana..., bukan tak beri peringatan. Dah berbuih mulut bagi pandangan, letih jari menaip.
Tapi tak aper kot, banyak pahala dia orang dapat.
Bukankah sumbang menyumbang & tolong menolong satu amalan yg baik?:D Takkan nak balasan pulak....:">

Yup kepada upline2 program ni, time macam ni
la korang nk tolong menolong dwnline korang,
kan tolong menolong amalan mulia hehe
 
Yup kepada upline2 program ni, time macam ni
la korang nk tolong menolong dwnline korang,
kan tolong menolong amalan mulia hehe

saya rasa tidak sedemikian.. mana mungkin peserta akhir masuk dengan jumlah yang banyak hendak melepaskan dengan perasaan tolong menolong..

sedangkan mereka menghabiskan atau mengorbankan duit beribu semata-mata untuk mendapat pulangan yang berganda.. tapi apa yang terjadi?

adakah mereka menyimpan perasaan tolong menolong? sekarang lihatla semua sedang melopong...

setelah berlaku perkara ini barulah dapat lihat niat sebenar peserta.. adakah perasaan tolong menolong? atau nak ditolong?
 
aduh kenapa ngan taawon ni..

tolong menolong untuk perkara baik..

dah jadi tak baik ke ni..

lain macam jek komen kawan-kawan ni..

pe cite sebenarnya ni..
 
ha apa lagi gunakanlah konsep taawon tu untuk downline1 yang tak dapat pulangan tu..

dimana taawon yang d war warkan..
 
Hai...TT pun dah hilang begitu saje...mana lah pi semangat taawon ni...
 
mari nyanyi skit kepada TT dan mereka yang selalu promote benda2 macam ni. [aku kalau tgk 2-3 nick tu ada dalam mana2 thread pun aku dah tau mesti program tu scam!]

ubah suai skit lagu untuk selarikan dengan keadaan semasa :D


Flymybates (dulunya flybaits)

Kenangan Lalu

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan [STRIKE]kasihmu[/STRIKE]pertolonganmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan [STRIKE]cinta [/STRIKE]pertolongan suci
Apa daya [STRIKE]hati[/STRIKE] duit ini
Telah jatuh di [STRIKE]lamun cinta[/STRIKE]disedekahkan

( korus )
Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna [STRIKE]ia pernah dikecewakan cinta[/STRIKE]juga suka benda2 begini
Katakan pada diriku [STRIKE] aku 'kan membalut luka [/STRIKE] semuanya adalah sah belaka
Oh... jangan kau [STRIKE]simpan dendammu [/STRIKE] takut apa pun
Dan akhirnya aku jadi mangsanya

Aku [STRIKE] cinta [/STRIKE] perlu bantuanmu [STRIKE] kepadamu [/STRIKE]
[STRIKE] Hanya itu yang ku tahu [/STRIKE] bukankah itu kata2 mu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru dengan tawaooonn...

cewahh..


as i said before, kalau AIMANYUS & SYAQ yang promote, memang program scam punye lahh....2 nama tu je yang aku cam sangat sejak last year lagi.


So, please take note especially newbies.
 
Hai...TT pun dah hilang begitu saje...mana lah pi semangat taawon ni...


TT tengah bersemangat 'tolong menolong' kat program baru.....program dah kantoi sapa nak tolong.
 
Back
Top
Log in Register