BTC USD 83,055.0 Gold USD 4,145.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Taawon - programtaawon.com

Huruf besar nampak. macam menjerit je bro?:-?:-?:((

Bro pernah tanya tak kat syarikat kenapa xdibenarkan diberi secara terperinci? Saya yakin, dalam hati kecik bro yang paling dalam, bro akui sistem ni adalah salah, tapi sebab dah terjebak. Kalau bro berubah, aku yakin ramai akan ikut jejak bro. memang susah bro, meninggalkan kemewahan yang ada, tapi untuk kebaikan, usahalah untuk berubah, wahai saudara seagama dan sebangsa ku.

Tentang pergi kesana, aku rasa xperlulah. Cukuplah disini, kerana rangkumannya lebih luas. Lebih ramai yang membaca. Kalau bro berubah, insya allah, bro sendiri akan dapat merubah mereka. Insya allah.

Setuju, xperlu la ke tangkak tu,
even tangkak tu kampung halaman aku,
aku lbh selesa tok dptkan info yg lebih telus
dr internet, kalau ada org pg HQ pun balik
rumah cnfirm die search gak bnda ni kt internet,
buat reseacrh dan study pape yg patut.
Bukan mudah nk 'perdaya' org di zaman moden ni
 
hahhaha..cam nak bau hangit je..dah kecoh dah sekarang..kita tengok sapa yang kene...ish apa la aku ni..dengki kat umat islam n melayu:eek::eek::eek:
 
emmmmm
nak tanya...pasal apa
web program taawon dah tak bolih buka
kena blok ke?
adeeeh......cam ni
 
Sekadar untuk info..

Tuan/Puan,

Emel tuan/puan bertarikh 25.03.2010 dirujuk.

2. Untuk makluman, siasatan ke atas Program Tawoon masih dijalankan pada masa ini. Berdasarkan pemeriksaan awal, didapati modus operandi Program Tawoon ini berkemungkinan termasuk di dalam takrifan Seksyen 2, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Berdasarkan sekeping iklan yang dipaparkan di dalam Berita Harian bertarikh 2 Jun 2009, slogan yang digunakan oleh perniagaan terbabit ialah "Program Kutu Terhebat".

3. Seksyen 2 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 mentafsirkan 'kumpulan wang kutu' sebagai rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei,tontine atau sebagainya yang mana peserta dikehendaki membayar yuran berkala atau suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta dengan lelong, tender, tawaran undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripadanya.

4. Akta(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 melarang pendaftaran perniagaan atau penubuhan syarikat yang menganjurkan rancangan atau perkiraan yang berunsur kutu dan adalah salah disisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan/menganjurkan rancangan atau perkiraan tersebut.

5. Mana-mana pihak yang mengendalikan/menjalankan program yang berasaskan wang kutu adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Wang Kutu 1971 dan sekiranya disabitkan kesalahan , boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekian, terima kasih.

Siti Rufaiha Jamik
Seksyen Aduan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tingkat 28, Menara SSM@Sentral

No. 7 Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.
TEL : 03-2299 5457
 
so apa yg sebenanrnya terjadi skrg?
taawon dah ditawan ke camne?
dah tak boleh terus ke ?
 
Dgr crite otai2 taawon buat program baru.. berkaitan dgn MLM. tak tau lah btul ke tak.
 
Back
Top
Log in Register