Pakdi.my
Hanya.Untuk.Yang.Mahu.Celik.WangHubungiSiapa Pakdi ?ArkibPengiklananProgram Wang Pos
Posted: January 14th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Semasa | 16 Comments »
Program piramid wang pos. Skim kutu wang pos.
Sebenarnya program ini sudah lama. Tetapi modus operandi adalah berbeza. Ia pernah diletakkan di masjid-masjid (iyelah, ia dinamakan “derma”), dinamakan dengan pelbagai nama yang Islamik, lepas tu SPAM ke emel-emel orang lain, dan kini memakai program wang pos pula.
Saya cuma mampu menasihatkan, berniaga lah secara kecil-kecilan kalau ingin duit lebih. Laburlah duit di mana-mana instrumen kewangan yang diluluskan. Dan kalau ingin menderma, carilah faqir miskin atau mana-mana sekolah atau mana-mana rumah kebajikan atau mana-mana NGO atau mana-mana yayasan dan sebagainya. Bukan menyertai “skim derma.”
Saya pernah ingin memarahi seorang wanita cun (tak gentleman tuu Pakdi … ) yang datang kepada saya dan berkata:
“Abang derma lah beberapa yang ikhlas, nanti abang dapat buku ni.”
Lantas saya mengeluarkan beberap keping wang kertas RM 1 yang ada dalam poket. Malangnya dia menjawab:
“Er… tak cukup lagi RM 10 ni bang…”
Selamatlah partner dia datang lepas saya pandang tajam kepada wanita cun tersebut dan mengatakan jumlah “derma” yang saya bagi itu mencukupi.
Begitulah betapa mudahnya sebahagian masyarakat menggunakan istilah “derma” sehingga wujud skim dan gerak kerja sebegitu. Masyarakat pula adakalanya suka betul dengan istilah Islamik – seperti Dana Ikhwan – tanpa betul-betul meniliti adakah istilah tersebut hanyalah untuk menipu anda.
Malah dalam modul kem usahawan mahasiswa yang kami anjurkan, memang “skim pelaburan Islamik” sebegitu sangat hangat dipasaran. (Ia sebenarnya skim cepat kaya yang dinamakan dengan nama Islamik). 50-70% dari keseluruhan peserta pasti akan melebur disitu.
Justeru apabila muncul program sebegini dengan pelbagai nama, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi saya. Peserta kem yang kesemuanya adalah penuntut universiti (Baca: budak pandai) pun mudah tertipu, maka secara tidak langsung ia menggambarkan keadaan masyarakat di luar. Lebih-lebih lagi kalau yang pakai kopiah, tudung labuh, ustaz, ustazah, imam, bilal pun join dan mengatakan ia “halal” wal “Islamik” maka lagi lah cepat ia tersebar.
Tidak kisahlah program derma wang pos ini diuruskan oleh syarikat atau secara berantai, tetapi sekiranya anda sudah berkira-kira keuntungan segera dengan mudah (duduk diam-diam solat dhuha dapat duit) maka ketahuilah anda sedang berada di ambang bahaya dan sedang menyumbang ke arah keruntuhan masyarakat.
Nak menderma 1 sen pun dinilai di sisi Allah swt. Tak perlu tetapkan jumlah minima.
Skim sebegini akan muncul dan terus muncul, sukar untuk menghalang, tetapi apa yang boleh saya buat adalah saya menulis di blog, mengendalikan forum, mengadakan bengkel Cashflow 101 dan bengkel kewangan lainnya untuk membantu anda mendapat pelaburan dan perniagaan yang lebih dijamin dan menurut lunas undang-undang.
Moga-moga bila kita banyakkan pilihan yang putih, yang hitam itu akan hilang sedikit demi sedkit. Itulah harapannya.
sumber:
http://www.pakdi.my/blog/program-wang-pos/