1.�Unsur Gharar
1. Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah ‘auto placement’ yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program ‘auto placement’ ini berhenti berpusing.
oooo yang niiii.... tu lah tak tau hujung pangkal suka hati je buat kenyataan. ada baiknya bro dgr sendiri taklimat kat ofis... yang buat kenyataan gharar tu yang jadi gharar tu....aku join bulan julai masa tu aku kat bawah.... bila orang atas terkeluar dari level 5 yang kat atas tu akan duduk kat bawah pulak... aku skrg duk kat atas pulak... so nanti aku akan berada kat bawah pulak... dan ianya tidak akan terhenti... dah ramai dah orang yang kat atas tu dah menjadi orang bawahan....
2. Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.
ni berlaku kepada sistem sebelum ini.... tapi dalam taawon tidak berlaku benda tu... orang baru dah mulai merasa giliran masing-masing... cuba buktikan yang ianya akan berhenti.
3. Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.
Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).
kalau kita tentukan bila dapat dan berapa kadar dia lagilah haram... tu fix return namanya.... kalau dkt bank fix deposit(FD)...