Harian Metro Jumaat 26 FEB 2010 (m/s 35A)
SYARIKAT SKIM KUTU DISERBU
Kuala Lumpur: Suruhanjaya syarikat malaysia (ssm) menyerbu sebuah syarikat di johor baharu,kelmarin selepas dipercayai menganjurkan skim kutu menggunakan wang pos dikenali sebagai skim Ta'awoon.
syarikat itu yang sudah menjalankan kegiatan berkenaan sejak awal tahun lalu disiasat mengikut akta larangan kumpulan wang kutu 1971.
ssm dalam satu kenyataan berkata, di bawah akta itu, mana-mana orang perseorangan, perniagaan atau syarikat dilarang daripada menganjurkan apa-apa skim dan kutu.
jika sabit kesalahan,penganjur boleh di hukum penjara sehingga 3 tahun atau denda tidak melebihi Rm5,000, katanya.
orang ramai juga diminta menghubungi seksyen aduan ssm di talian 03-22995477/ 5450/ 5451 sekiranya mempunyai maklumat mengenai skim atau program kutu lain.